Martin Škrtel

pemain bola sepak Slovakia

Martin Škrtel (lahir 15 Disember 1984) merupakan pemain bola sepak Slovakia yang kini bermain untuk kelab Turki, İstanbul Başakşehir di posisi pertahanan.

Martin Škrtel
Maklumat peribadi
Nama penuh Martin Škrtel[1]
Tarikh lahir (1984-12-15) 15 Disember 1984 (umur 39)
Tempat lahir Handlová, Czechoslovakia
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3 in)[2]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
İstanbul Başakşehir
Nombor 37
Kerjaya remaja
Prievidza
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2004 Trenčín 44 (8)
2004–2008 Zenit Saint Petersburg 74 (3)
2008–2016 Liverpool 242 (16)
2016–2019 Fenerbahçe 79 (6)
2019 Atalanta 0 (0)
2019– İstanbul Başakşehir 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2004–2018 Slovakia 103 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 September 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 November 2018 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

FK AS Trenčín sunting

Škrtel memulakan kerjaya profesionalnya di FK AS Trenčín. Beliau bermain sebanyak 44 perlawanan untuk kelab ini pada tahun 2001 dan 2004.

Zenit Saint Petersburg sunting

Škrtel membuat debut untuk Zenit pada perlawanan Piala Rusia pada 31 Julai 2014. Beliau telah ermain 113 kali dan menjaringkan lima gol untuk Zenit serta menjuarai gelaran Liga Rusia pada musim 2007. Valencia, Tottenham Hotspur, Everton dan Newcastle United dilaporkan telah berminat untuk menggunakan khidmat pemain Slovakia itu tetapi beliau memilih untuk menandatangani bersama Liverpool pada Januari 2008.

Liverpool sunting

Musim 2007–08 sunting

Škrtel sertai Liverpool pada 11 Januari 2008 dengan menandatangani kontrak empat tahun setengah bersama bayaran 6.5 juta eurp.

Pada 26 Januari 2008, Škrtel telah melakukan sepakan penjuru dan berjaya meletakkan Liverpool 1-0 pada pusingan keempat Piala FA menentang Havant & Waterlooville. Skrtel diundi pemain terbaik perlawanan oleh laman web rasmi Liverpool pada perlawanan liga menentang Chelsea kerana berjaya mematahkan serangan pasukan lawan. Beliau juga diundi pemain terbaik perlawanan sekali lagi ketika menang 1-0 ke atas Everton dalam pertembungan Merseyside.

Musim 2008–09 sunting

Škrtel memulakan langkah baik untuk musim 2008-09 dengan bermain semua perlawanan liga dan kecuali satu perlawanan selepas Daniel Agger diletakkan di kesebelasan utama. Pada 5 Oktober 2008, beliau mengalami kecederaan lutut serius selepas jatuh ketika dicabar oleh Ched Evans pada lewat perlawanan menentang Manchester City. Liverpool memenangi perlawanan itu 3-2 tetapi beliau menerima rawatan dan kembali semula enam minggu kemudian.

Pada 28 Disember 2008, Škrtel kembali daripada kecederaan dan menjadi pemain gantian ketika Liverpool menang 5-1 ke atas Newcastle United. Beliau menjadi pemain utama Liverpool pada separuh kedua musim dan pasukannya menduduki tempat kedua Liga Perdana dengan mengutip 86 mata.

Musim 2009–10 sunting

Pada 21 November 2009, Škrtel menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool ketika seri 2-2 bertemu Manchester City. Pada 26 Februari 2010, beliau mengalami keretakan pada sebelah kaki kanan selepas bermain pada perlawanan Liga Europa menentang Unirea Urziceni pada hari berikutnya. Liverpool menang 3-1 pada perlawanan itu.

Pada 18 Ogos 2010, Škrtel melanjutkan kontraknya bersama Liverpool selama dua tahun dan beliau kekal bersama kelab itu sehingga 2014.

Musim 2010–11 sunting

Ketika musim 2010-11, Škrtel bermain setiap minit pada setiap perlawanan Liga Perdana. Pada 28 November, beliau menjaringkan gol kedua di kariernya ketika Liverpool tewas 2-1 ke atas Tottenham Hotspur di White Hart Lane, Pada hari ulang tahun hari lahirnya ke-26, beliau menjadi kapten pasukan Liverpool pada saingan Liga Europa menentang FC Utrecht. Pada 2 April 2011, beliau menanduk masuk gol ketika menentang West Bromwich Albion, Liverpool menang 2-1.

Pada Mei 2011, Skrtel menyatakan musim 2010-11 adalah musim terbaik beliau bermain untuk Liverpool.

Musim 2011–12 sunting

Pada 27 Ogos 2011, Škrtel menanduk masuk gol untuk Liverpool menentang Bolton Wanderers pada perlawanan pertamanya di posisi bek kanan. Pada 18 September, beliau dibuang padang ketika tewas 4-0 kepada Tottenham Hotspur. Pada 18 Disember, Škrtel menjaringka gol kedua untuk Liverpool pada musim ini ketika menentang Aston Villa, 2–0 win. Gol pertama beliau pada tahun 2012 hadir ketika pusingan kelima Piala FA menentang Brighton & Hove Albion denga menanduk masuk gol melalui sepakan penjuru.

Pada 26 Februari 2012, Škrtel menjaringkan gol ketika menentang Cardiff City pada perlawanan akhir Piala Liga. Liverpool menang 3-2 pada penentuan penalti selepas berakhir seri 2-2.

Pada 10 April 2012, Škrtel mengetuai pasukan Liverpool buat pertama kali di perlawanan liga dengan menang 3-2 menentang Blackburn Rovers. Pada 5 Mei, beliau bermain pada perlawanan akhir Piala FA 2012 apabila pasukannya tewas 2-1 kepada Chelsea.

Škrtel dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Liverpool pada Mei 2012.

Musim 2012–13 sunting

Pada 20 Ogos 2012, Škrtel mengumumkan bahawa beliau telah menandatangani kontrak baru bersama Liverpool.

Permulaan Škrtel pada musim ini agak mundur apabila memberikan pihak lawan menyempurnakan penalti ketika tewas 3-0 kepada West Brom pada 18 Ogos 2012. Seminggu kemudian, beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim ini ketika seri 2-2 bertemu Manchester City.

Pada Januari 2013, Skrtel dikeluarkan daripada skuad Liverpool selepas aksi teruk pada perlawanan Piala FA tewas kepada Oldham Athletic. Selepas bermain hanya empat perlawanan liga pada separuh kedua musim, Škrtel dipanggil untuk musim 2012-13.

Musim 2013–14 sunting

Pada Ogos 2013, Lierpool telah menolak tawaran 10 juta euro dari kelab Napoli.

Selepas terlepas dua perlawanan pertama musim ini, Škrtel membantu Liverpool untuk tidak dibolosi ketika menang tipis 1-0 ke atas Manchester United pada 1 September. Pada 9 November, beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim ini ketika menewaskan Fulham 4-0. Pada 8 Februari 2014, Škrtel menjaringkan dua gol dalam jangka masa 10 minit ketika pasukannya menang besar 5-1 ke atas Arsenal. Pada 13 April, beliau menjaringkan gol kedua Liverpool ketika menang 3-2 ke atas Manchester City. Skrtel telah menjaringkan tujuh gol pada musim ini.

Pada 11 Mei, beliau merekodkan gol sendiri kali keempat pada musim ini walaupun Liverpool menang 2-1 ke atas Newcastle United.

Musim 2014-15 sunting

Pada 4 November Škrtel menjadi kapten pasukan Liverpool pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, Liverpool tewas 0–1. Pada 21 Disember, pada perlawanan liga menentang Arsenal, beliau menerima rawatan pada kepala selepas berlanggar dengan Olivier Giroud; rawatan tersebut mengambil masa sembilan minit sebelum beliau kembali dan menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan seri 2-2. Pada 8 Mac 2015, pada pusingan 16 Piala FA menentang Blackburn Rovers, Skrtel dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital selepas berlanggar sekali lagi dengan Rudy Gestede. Sebulan selepas itu, beliau telah digantung tiga perlawanan selepas memijak penjaga gol Manchester United, David de Gea.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Škrtel bersama Slovakia pada 2010.

Škrtel membuat debut untuk pasukan kebangsaan Slovakia pada 2004. Beliau telah dipilih untuk mewakili negaranya ke Piala Dunia FIFA 2010. Beliau bermain setiap perlawanan di Piala Dunia sebelum disingkirkan oleh Belanda.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 2 September 2006 Bratislava, Slovakia   Cyprus
1–0
6–1
Kelayakan Euro 2008
2. 7 Februari 2007 Cádiz, Sepanyol   Poland
2–0
2–2
Persahabatan
3. 24 Mac 2007 Nicosia, Cyprus   Cyprus
2–1
3–1
Kelayakan Euro 2008
4. 13 Oktober 2007 Dubnica nad Váhom, Slovakia   San Marino
4–0
7–0
Kelayakan Euro 2008
5. 6 September 2008 Bratislava, Slovakia   Ireland Utara
1–0
2–1
Kelayakan Piala Dunia 2010

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Zenit Saint Petersburg
Liverpool

Individu sunting

  • Trofi Peter Dubovský (1): 2005
  • Juara Remaja Slovakia (1): 2001
  • Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Liverpool: 2012
  • Pemain Bola Sepak Terbaik Slovakia (5): 2007, 2008, 2011, 2012, 2014

Catatan sunting

  1. ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-07-31. Dicapai pada 6 January 2013.
  2. ^ "Liverpool F.C. Profile". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-01. Dicapai pada 22 April 2011.

Pautan luar sunting