Marwan bin al-Hakam

Marwan bin al-Hakam (623-685) atau Marwan I ialah khalifah Umaiyah keempat yang mengambil alih tampuk pemerintahan selepas pemerintahan singkat Muawiya II yang berakhir pada tahun 684 M. Beliau mengubah pemerintahan daripada keturunan Abu Sufyan kepada keturunan Marwan.

Marwan bin Al-Hakam
مَرْوَان بن الحكم
Syiling purba Marwan I
Khalifah keempat Kerajaan Bani Umaiyah
PemerintahanJun 684 – April/Mei 685
Didahului olehMuawiyah II
Diikuti olehAbdul Malik
Keputeraan623 or 626
Mekah, Hijaz, Semenanjung Arab
KemangkatanApril/Mei 685 (umur 59–63)
Damsyik atau al-Sinnabra, Kerajaan Bani Umaiyah
Pasangan
  • Aisyah binti Muawiyah bin al-Mughirah
  • Layla binti Zabban bin al-Asbagh
  • Qutayya binti Bishr
  • Ummu Aban al-Kubra binti Uthman ibn Affan
  • Zaynab binti Umar al-Makhzumiyya
  • Fakhita binti Abi Hisham
Anakanda
Nama penuh
Marwan bin al-Hakam bin Abu al-As
KerabatMarwaniyah
DinastiUmaiyah
AyahandaAl-Hakam bin Abu al-As
BondaAmina binti Alqama
AgamaIslam

Awal kehidupan sunting

Marwan lahir pada tahun dua Hijrah (623 M). Bapanya ialah Al-Hakam bin Abu Al-As dan ibunya ialah Aminah binti Alqama. Ketika kewafatan Rasulullah, beliau berusia 10 tahun.

Pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan, Marwan bertugas sebagai setiausaha kepada khalifah, yang juga merupakan saudaranya. Pada zaman pemerintahan Muawiyah, beliau telah dilantik menjadi gabenor Madinah sebanyak dua kali. Muawiyah juga telah melantik Marwan sebagai penggantinya selain Yazid.[1]

Pemerintahan sunting

Muawiyah II tidak meletakkan seorang pun pengganti bagi jawatannya, dan menyerahkan urusan perlantikan itu kepada umat Islam. Tindakannya telah menyebabkan kekecohan sehingga hampir meruntuhkan kerajaan Islam. Abdullah ibn Zubair lantas mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah di Mekah lalu dipersetujui hampir seluruh kawasan taklukan Islam. Marwan pada mulanya juga ingin menerima Abdullah bin Zubair sebagai khalifah[2], namun beliau telah dipujuk oleh beberapa tokoh Bani Umaiyah seperti Ubaidillah bin Ziyad untuk menjadi khalifah. Lalu Marwan bertukar hasrat untuk menjadi khalifah pula. Satu persidangan telah diadakan di al-Jabiyah antara mereka dan akhirnya Marwan telah diisytiharkan sebagai khalifah menggantikan Muawiyah II.

Selepas dilantik, Marwan telah memulakan misi pengukuhan kuasa pemerintahannya di Dasmyik.[3] Beliau juga berjaya menguasai Syam selepas kemenangannya dalam Pertempuran Marj Rahith.[4][5] Beliau seterusnya mara ke Mesir dan berjaya menguasai Mesir selepas memenangi beberapa pertempuran dengan pasukan gabenor lantikan Abdullah bin Zubair. Marwan telah tinggal di Mesir bagi memastikan keamanannya selama dua bulan lalu melantik anaknya, Abdul Aziz sebagai gabenor Mesir dan Musa bin Nusair sebagai menterinya.

Sewaktu perjalanan pulangnya ke Syam bagi menghadapi serangan Abdullah bin Zubair, Marwan telah meninggal dunia tepatnya pada 3 Ramadan 65 H, tahun 685 M. Beliau sempat melantik melantik anaknya, Abdul Malik sebagai penggantinya.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Al-Masudi, Ali. Murawwij Az-Zahab. m/s. 38.
  2. ^ Al-Athir, Ali (1231). Al-Kamil fi At-Tarikh. m/s. 145.
  3. ^ Al-Athir, Ali (1231). Al-Kamil fi At-Tarikh. m/s. 150.
  4. ^ Al-Athir, Ali (1231). Al-Kamil fi At-Tarikh. m/s. 149–150.
  5. ^ Al-Tabari, Muhammad. Tarikh At-Tabari. m/s. 534–535.
  6. ^ Abu Amru, Khalifah Ibnu Khayyah. Tarikh Khalifah bin Khayyah. m/s. 191.
Marwan bin al-Hakam
Tarikh keputeraan: s. 623 or 626 Tarikh kemangkatan: April/Mei 685
Didahului oleh
Muawiyah II
Khalifah Islam
Kerajaan Bani Umaiyah

Jun 684 – April/Mei 685
Diikuti oleh:
Abdul Malik
Jawatan politik
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
Abu Ayyub al-Ansari
Gabenor Madinah
661–668
Diikuti oleh:
Sa'id ibn al-As
Didahului oleh
Sa'id ibn al-As
Gabenor Madinah
674–677
Diikuti oleh:
Al-Walid ibn Utba ibn Abi Sufyan