Datin Mas Anizan binti Mohamed Shahid (lahir 13 November 1973) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif di televisyen dan filem.[1][2][3]


Mas Anizan
Kelahiran
Mas Anizan binti Mohamed Shahid

(1973-11-13) 13 November 1973 (umur 50)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1990–kini
PasanganAli Bapoo (k. 1993; m. 2008)
Anak-anak4

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1990 menerusi drama Sesat Dalam Cahaya yang disiarkan di TV1, kemudian membuat penampilan pertamanya di layar perak menerusi filem Antara Gadis.[1]

Beliau membuat kemunculan semula pada 2009 menerusi drama Senandung Si Dayang dan pernah membintangi beberapa iklan komersial.[1]

Pada tahun 2019, beliau berlakon dalam Sara Sajeeda, memegang watak sebagai Puan Sri Norizan, ibu kepada Sara lakonan Tiz Zaqyah.[1]

Kehidupan peribadi sunting

Mas Anizan berkahwin sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan, Dato' Ali Bapoo pada 1993. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Mas Aliza dan Muhamad Masli Daniel.[4] Suaminya meninggal dunia pada 2008.[1][5][6]

Beliau berkahwin kali kedua beberapa tahun kemudian dan dikurniakan seorang lagi anak, iaitu Ariana Marrisa.[1][7] Perkahwinan keduanya tidak bertahan lama apabila bercerai pada 2021.[8]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon, Zarina Zainuddin.[1][2][9]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
1994 Antara Gadis Dila Yuzwan Wahid
2025 Reeza Ahmad Idham Pos-produksi

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1990 Sesat Dalam Cahaya TV1
2009 Senandung Si Dayang Tengku Sarimah TV3
2019 Sara Sajeeda Puan Sri Norizan TV3 Drama usahasama Malaysia-Pakistan
2020 Biar Mereka Cemburu Engku Zulaikha Astro Ria
2021 Hari Kita Jatuh Cinta Puan Hilda Awesome TV
Hati Yang Dikhianati Delia Astro Prima
2022 Juliet Mariam TV1
Aku Tanpa Cintamu Murni TV3
Kerana Cinta Itu Ada Puan Alawiyah
2023 Jiranku Sayang TV1
Ratu Lori TV Okey
2024 Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Kayra TV3
Pewaris Cinta Laila Astro Ria
Racun Rihanna Puan Sri Wilma TV3
Aku Bukan Ustazah Puan Habibah

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g "Biodata Mas Anizan, pelakon drama Sara Sajeeda". Oh Semput!. 4 Oktober 2019. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  2. ^ a b Huzz (24 Februari 2019). "Suasana baharu, Mas Anizan berdebar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-28. Dicapai pada 29 Julai 2019.
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid (7 Mei 2004). "Dunia lakonan masih dalam hati Mas Anizan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2004. Dicapai pada 9 Ogos 2015.
  4. ^ Zulqarnain Abu Hassan (28 Jun 2019). "Mas Anizan pantau pergerakan anak". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Julai 2019.
  5. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (7 Jun 2019). ""Kenapa mesti nak kaitkan dengan rumah tangga" - Mas Anizan". Berita Harian. Dicapai pada 29 Julai 2019.
  6. ^ Shazryn Mohd Faizal (5 Oktober 2009). "Cinta dan hidup Mas Anizan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2009. Dicapai pada 9 Ogos 2015.
  7. ^ Zaidi Mohamad (10 November 2014). "Mas Anizan lahir anak ketiga". Berita Harian. Dicapai pada 29 Julai 2015.
  8. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (5 Oktober 2021). "'Jodoh Mas Anizan sudah berakhir'". Berita Harian. Dicapai pada 20 November 2021.
  9. ^ Suhaidah Abd Wahab (19 Jun 2019). "Mas Anizan, Wilma & Zarina kongsi kemeriahan Aidilfitri". Mingguan Wanita. Dicapai pada 29 Julai 2019.

Pautan luar sunting