Masak lemak atau gulai lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi Nusantara dalam pembikinannya. Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.

Penggunaan atau kaedah masak lemak ini sangat lazim pada budaya yang asal-usulnya di kawasan yang banyak menggunakan pokok kepala dalam kehidupan dan pemakanan seharian seperti orang Minang, orang Jawa, orang Pantai Timur Malaysia dan mereka yang duduk berhampiran sawah serta pantai.

Variasi sunting

Antara yang terkenal dengan istilah atau kaedah masak lemak ialah gulai lemak cili api, gulai lemak tempoyak, sayur masak lemak dan lodeh.

Masak lemak cili api sunting

Masak lemak cili padi ialah makanan yang popular di Negeri Sembilan dan negeri-negeri yang berhampiran dengannya. Sejak zaman terdahulu, masak lemak cili padi disediakan dengan cara penyediaan tradisi. Bagi masyarakat Melayu Negeri Sembilan, masak lemak cili padi ialah sajian pilihan utama dan biasanya disesuaikan sajiannya dengan nasi putih.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Din, Halimatul Muna Mohd; Yusoh, Hamidah Noor Md (2019-03-04). "INOVASI PENYEDIAAN MASAKAN TRADISIONAL MELAYU MELALUI PENGHASILAN KIUB MASAK LEMAK CILI PADI". Journal of Hospitality and Networks (dalam bahasa Inggeris). 1 (1): 8–12. ISSN 2637-143X.