Buka menu utama
Ambuyat sedang disediakan oleh pramusaji.

Masakan Brunei adalah sangat mirip dengan masakan jirannya di Malaysia dan Indonesia, dengan tambahan pengaruh dari India, China, Thailand, dan Jepun. Seperti yang lazin di rantau ini, nasi dan ikan adalah makanan asasi, walaupun daging lembu adalah mahal dan menjadi kurang lazim. Oleh kerana kebanyakan penduduknya beragama Islam, makanan adalah halal, jadi daging babi dan alkohol sukar didapati.[1] Di kawasan-kawasan luar bandar, haiwan buruan seperti burung liar, rusa sambar dan kijang diburu.

Makanan dan HidanganSunting

Hidangan Brunei biasa berempah atau pedas, dan lazimnya dimakan dengan nasi atau mi. Rendang daging, nasi lemak dan puteri nanas, adalah makanan popular di Brunei.[2] Di antara beberapa hidangan yang khas untuk Brunei ialah ambuyat, bebola likat kanji sagu tidak berasa, yang dibalut dengan garpu buluh dan dicelupkan ke dalam sos masam. Nasi katok adalah makanan popular yang terdiri daripada nasi biasa, ayam goreng dan sambal yang dibuat daripada cili kisar dan pelbagai bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada belacan, bawang putih, halia, bawang merah, daun bawang, gula pasir, jus limau, cuka dan keju parut. Nasi katok secara tradisional dihidangkan dibungkus kertas perang.

Minuman umum termasuk air kelapa, jus buah, dan teh dan kopi.

SumberSunting

  1. ^ "Cuisine of Brunei". ifood.tv. Diarkibkan daripada asal pada 29 August 2012. Dicapai 30 September 2010. 
  2. ^ "Brunei - Cuisines of Brunei". 1Up Travel. 17 May 2007. Dicapai 30 September 2010.