Masakan Palestin (Jawi: ماسقن ڤلسطين) terdiri daripada makanan daripada ataupun lazim dimakan oleh orang Palestin – yang termasuk mereka yang tinggal di wilayah-wilayah Palestin, Israel, Jordan, kem pelarian orang palestin di negara-negara jiran dan juga diaspora Palestin. Masakan ini merupakan penyerapan budaya-budaya peradaban yang menduduki wilayah Palestin, khususnya semasa dan selepas era pengislaman bermula dengan penakalukan oleh Kekhalifahan Umaiyah, diikuti Kekhalifahan Abbasiyah yang dipengaruhi kuat oleh budaya orang Farsi, dan berakhir dengan pengaruh kuat masakan Turki, ekoran daripada kedatangan Empayar Uthmaniyah. Masakan ini agak sama dengan masakan Levant yang lain, termasuk masakan Lebanon, masakan Syria, masakan Israel dan juga masakan Jordan.

Hidangan sarapan pagi Palestin dengan pita, hummus, dan labaneh. Labaneh ialah keju berkrim warna putih yang diselaputi minyak zaitun.

Cara-cara memasak berbeza mengikut rantau dan setiap gaya masakan serta ramuan yang digunakan secara amnya bergantung kepada iklim dan tempat, serta tradisi yang diamalkan. Nasi dan variasi kibbee sering dijumpai di Galilee. Tebing Barat lazimnya memperlihatkan makan yang lebih berat dengan penggunaan roti tabun (taboon bread), nasi dan daging, sementara mereka yang tinggal dipsisiran pantai lazimnya memakan ikan, makan laut lain, dan lentil atau kacang. Penduduk Gaza pula suka memakan cili. Hidangan lazimnya dimakan di rumah, namun demikian amalan makan luar sudah meningkat khususnya dengan majlis-majlis keraian yang memperlihatkan makanan ringan seperti salad, roti cicah dan daging cucuk (seakan-akan sate) dihidangkan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.