Mashitah Ibrahim
Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator. Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Baling, Kedah di utara Semenanjung Malaysia. Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.
Dato' Dr. Mashitah Ibrahim DIMP (Pahang); DSDK (Kedah); PhD | |
---|---|
Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia | |
Memegang jawatan 1 Ogos 2012 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 5 Mac 2013 | |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Baling | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Taib Azamudden Md Taib |
Digantikan oleh | Taib Azamudden Md Taib |
Butiran peribadi | |
Lahir | Alor Setar, Kedah | 9 Oktober 1964
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Abdul Shakor Abu Bakar |
Anak-anak |
|
Hubungan | Suliza Salam (besan) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kehidupan peribadi sunting
Mashitah telah berkahwin dengan Abdul Shakor Abu Bakar dan telah dikurniakan dengan 4 orang anak, Dr. Ameerah Suad, Fatin Sajeeda, Muhammad Wafi dan Adel Wajdi. Anak ketiga beliau, Muhammad Wafi telah bertunang dengan Nur Falahi Dato' Zainal Nazeri, anak kedua kepada Datin Suliza Salam pada 1 Januari 2021 lalu.[1]
Pendidikan sunting
Mashitah merupakan lulusan Sarjana Muda Tafsir dan Hadis dari Universiti Al-Azhar Mesir (1984-1987) serta memiliki Ijazah Sarjana Syariah Islamiyyah (1994) dan Doktor Falsafah (PhD) Shariah Islamiyyah (1997) dari Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Ilmu Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1991)[2].
Kerjaya politik sunting
Dalam Pilihan raya umum 2004 belau mengalahkan Ustaz Dato' Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. Ustaz Taib Azamudden Md Taib merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas menang pilihan raya 2004, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau selalu menjawab pelbagai isu semasa berhubung dengan agama Islam.
Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008.[3] Sehingga kini, Dato' Dr Mashitah selalu menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama - bidang kepakaran beliau. Contohnya pada 24 Januari 2008 beliau menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Gerbang Gemilang’ dan disiarkan secara langsung oleh RTM1 dari padang Sekolah Menengah Agama Sik, Kedah.[4]
Anugerah sunting
Rujukan sunting
- ^ Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021
- ^ "Dato' Dr. Mashitah Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM". USIM. 28 September 2020. Dicapai pada 14 September 2022.
- ^ [1], " Mashitah menang", Utusan Online, 1 November 2008.
- ^ FORUM PERDANA EHWAL ISLAM