Masjid Al-Abrar, Singapura
Masjid Al-Abrar merupakan salah satu masjid yang lama di Singapura dan terletak di Telok Ayer Street di kawasan Chinatown.
مسجد الأبرار Masjid Al-Abrar Ā Ěr Ā Bù Lā Huí Jiào Táng | |
---|---|
Pemandangan masjid | |
Maklumat am | |
Dibuka pada | 1827 |
Maklumat geografi | |
Lokasi | 192 Telok Ayer Street Singapura 068635 |
Koordinat | 1°16′49″N 103°50′51″E / 1.280301°N 103.8473927°EKoordinat: 1°16′49″N 103°50′51″E / 1.280301°N 103.8473927°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. menara | 4 |
Kapasiti jemaah | 800 |
Lokasi | |
sunting ![]() |
Masjid ini dikenali dengan tiga nama: Masjid Al-Abrar, Kuchu Palli dan Masjid Chulia. Al-Abrar ialah nama rasminya sementara Kuchu Palli, atau pondok kecil, merujuk kepada struktur asal masjid tersebut. Kawasan Telok Ayer ini pada awalnya merupakan tempat berkumpul para pendatang Chulia yang berasal dari Pantai Coromandel, India Selatan. Oleh itu, masjid ini juga mendapat gelaran Masjid Chulia.
Sejarah
suntingSejak tahun 1827, para jemaah di masjid ini telah melakukan ibadah di sebuah pondok sehingga sebuah bangunan batu dibina pada tahun 1850-1855 untuk menggantikannya. Sebuah lukisan oleh pelukis Percy Carpenter pada tahun 1856 yang bertajuk, Telok Ayer Street as seen from Mount Wallich, memaparkan rakaman visual terawal bangunan baru ini. Pada tahun 1829, tanah di mana masjid ini berdiri diberi pajakan selama 999 tahun. Hak ini dimiliki oleh Hadjee Puckery Mohamed Khatib. Pada 1910, lima orang pemegang amanah telah dilantik. Mereka ialah K. Mohamed Eusope, Thambyappa Rarooter, S. Kanisah Maricayar, V.M. Kader Bux dan J. Sultan Abdul Kader. Pemegang-pemegang amanah ini juga bertanggungjawab ke atas masjid-masjid Chulia yang lain, iaitu, Masjid Al-Abrar, Masjid Jamae dan Nagore Durgha.
Bangunan masjid ini sebesar tiga rumah kedai yang lazim terdapat di tempat itu dan tidak memilik kaki lima (1.524 m). Masjid ini mempunyai dua tingkat. Tingkat pertama merupakan ruang solat yang boleh menampung sebanyak 500 orang jemaah dan tingkat kedua pula ialah sebuah galeri. Masjid yang mempunyai empat buah menara ini juga tidak memiliki banyak hiasan selain daripada kubah kecil di setiap puncak menara.
Masjid Al-Abrar diwartakan sebagai monumen kebangsaan pada 29 November 1974.
Rujukan
sunting- (Inggeris) Lembaga Warisan Negara (2002). Singapore's 100 Historic Places. Archipelago Press. ISBN 981-4068-23-3.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Masjid Al-Abrar, Singapura. |
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Masjid Al-Abrar Diarkibkan 2007-06-10 di Wayback Machine di laman sesawang rasmi Lembaga Warisan Negara