Masjid Al-Huda, Singapura

Masjid Al-Huda ialah sebuah masjid di Singapura. Pada asalnya, masjid ini memenuhi keperluan ibadah penduduk-penduduk kampung yang tinggal dekat dengan Sixth Avenue di Bukit Timah. Dibina pada 1966, masjid yang boleh menampung 400 orang jemaah ini telah melalui beberapa fasa ubah suai. Sejarah masjid ini bermula sejak awal kurun ke-20.

مسجد الهدى
Masjid Al-Huda
Maklumat am
Dibuka pada1966
Maklumat geografi
Lokasi34 Jalan Ḥaji Alias
Singapura 268534
Koordinat1°19′24″N 103°47′42″E / 1.323396°N 103.794957°E / 1.323396; 103.794957Koordinat: 1°19′24″N 103°47′42″E / 1.323396°N 103.794957°E / 1.323396; 103.794957
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah400
Lokasi
Masjid Al-Huda, Singapura is located in Bumi
Masjid Al-Huda, Singapura
Masjid Al-Huda, Singapura (Bumi)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dengan penempatan semula penduduk-penduduk kampung ke rumah pangsa, masjid ini kini dikunjungi para pekerja yang bertugas di sekitar kawasan Bukit Timah dan juga penduduk-penduduk berdekatan.

Sejarah sunting

Tanah sunting

Masjid Al-Huda didirikan di atas tanah wakaf yang pada asalnya dimiliki oleh seorang peminjam duit Hindu pada awal kurun ke-20. Pada tahun 1905, tanah itu diamanahkan kepada keluarga Syed Ahmad Lebbai untuk dibangunkan sebuah masjid. Pada 24 Februari 1925, keluarga Syed Ahmad mengamanahkan tugas ini kepada keluarga Haji Dolhalim bin Abdullah.

Pada tahun 1957, pemegang-pemegang amanah yang baharu dilantik untuk menggantikan mereka yang telah meninggal dunia. Pada 26 November 1957, orang-orang ini telah dilantik: Haji Ahmad bin Haji Dolhalim, Abdul Aziz bin Haji Abdul Rahman, Mohamad Said bin Haji Ahamad, Abu Bakar bin Haji Abdul Halim, Haji Mohamed Amin bin Ihsan dan Ustaz Ahmad Son Haji bin Mohamed.

Pada 1968, apabila Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Singapura berkuat kuasa, semua masjid dan tanah wakaf di negara itu ditadbirkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Tanggungjawab pemegang amanah diambil alih oleh MUIS yang kemudian menubuhkan sebuah badan pentadbiran untuk mengurus masjid itu.

Permulaan sunting

Sebelum 1925, masjid yang dibina daripada kayu ini memenuhi keperluan penduduk-penduduk yang tinggal di Bukit Timah. Pada 1925, jawatankuasa masjid telah membesarkan masjid ini dan membinanya semula dengan reka bentuk masjid Jawa kerana kebanyakan penduduk kampung berasal dari sana. Atap masjid berlapis dua dan pintunya teguh. Masjid ini merupakan bangunan yang tercantik berbanding dengan rumah-rumah kampung di sekelilingnya. Pada masa itu, masjid ini dinamakan Masjid Kampong Coronation disebabkan lokasinya yang dekat dengan jalan raya yang memiliki nama yang sama. Namun, penduduk kampung lebih gemar memanggil masjid itu, Masjid Kampong Tempeh, sebab masjid itu didirikan di tengah-tengah kampung itu. Masjid ini juga memenuhi keperluan penduduk-penduduk yang lain seperti Kampong Banjir, Kampong Cantik dan Kampong Holland.

Bangunan batu sunting

Pada 1960, terdapat gagasan daripada penduduk kampung untuk membina semula masjid itu dengan batu. Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada Haji Anang bin Abdul Manan, Haji Ahmad (Putih), Haji Abdul Karim (Kiyai Karim), Haji Ahmad Sirat (Campbel), Haji Buang Ishak, dan Haji Mustajab Haji Johari telah melancarkan usaha mengutip derma pada tahun yang sama. Kutipan derma ini mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk kampung serta para peniaga di kawasan itu. Berkat usaha mereka, sebuah masjid yang baharu berjaya didirikan pada tahun 1966.

Nama baharu sunting

Masjid ini mengekalkan namanya hingga ke tahun 1970an sehingga sebuah jawatankuasa baharu yang terdiri daripada Mustafa bin Haji Ahmad, Haji Kamsin Pamer, Haji Fadzuli Haji Bajuri, Ibrahim Majid, Noordin Suhud dan Hassan Sultani dilantik. Mereka mengubah nama masjid menjadi Masjid Huda. Mereka juga mengubah cara pengurusan masjid dan berjaya mengendalikan kelas-kelas agama yang mendapat sambutan yang hangat pada tahun 1970an dan 1980an.

Memenuhi kehendak rohani subbandar sunting

Dengan pembangunan kawasan yang beransur-ansur pada lewat 1980an dan juga penempatan semula penduduk kampung ke rumah-rumah pangsa, kawasan di mana masjid itu berdiri mula berubah menjadi sebuah kawasan subbandar yang dipenuhi rumah-rumah mewah serta kondominium. Masjid ini juga tidak ketinggalan menjalani kerja ubah elok. Bumbung asbestos digantikan dengan bumbung yang diperbuat daripada besi kerana masalah pembocoran pada tahun 1990an. Namun, banyak reka bentuk asal masjid dikekalkan seperti menara,kubah dan mihrab. Masjid Al-Huda kini berdiri sebagai lambang peninggalan zaman kampung yang pernah wujud di Bukit Timah.

Pautan luar sunting