Masjid Al-Istighfar
Masjid Al-Istighfar ialah sebuah masjid yang terletak di kawasan perumahan Pasir Ris, di bahagian timur Singapura, Masjid ini dibuka kepada orang ramai pada 11 Jun 1999 dan dirasmikan oleh Anggota Parlimen GRC Pasir Ris, Dr Ahmad Mohamed Magad pada 30 Julai 2000.
مسجد الاستغفار Masjid Al-Istighfar | |
---|---|
![]() Bangunan masjid | |
Maklumat am | |
Dibuka pada | 2000 |
Maklumat geografi | |
Lokasi | 2 Pasir Ris Walk Singapura 518239 |
Koordinat | 1°22′15″N 103°57′51″E / 1.3709706°N 103.9641103°EKoordinat: 1°22′15″N 103°57′51″E / 1.3709706°N 103.9641103°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. menara | 1 |
Kapasiti jemaah | 3,800 |
Lokasi | |
sunting ![]() |
Masjid tiga tingkat ini ialah salah satu masjid yang dibina di bawah program Dana Pembinaan Masjid (Fasa III). Selain memenuhi keperluan penduduk-penduduk di Pasir Ris, masjid ini juga sering dikunjungi oleh penduduk dari kawasan yang berdekatan seperti Tampines, Simei dan Changi.
Kerja naik ṭaraf
suntingMasjid ini akan dipertingkat bermula pertengahan pertama tahun 2016 untuk menampung 500 lagi jemaah, berbanding 3,500 pada masa kini. Peningkatan Masjid Al-Istighfar akan dijalankan dalam dua fasa; bermula dengan pembinaan kemudahan ṣolat sementara di sebelah masjid dan kemudian sebuah ruang tambahan bagi memperluas ruang ṣolat di masjid tersebut.
Pautan luar
sunting- Tapak web rasmi Masjid Al-Istighfar Diarkibkan 2015-01-07 di Wayback Machine