Masjid Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Ipoh

Masjid Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Ipoh adalah masjid utama bagi penduduk di Kampung Kepayang, Ipoh. Terdapat juga masjid nama yang sama yang terletak di Gunung Semanggol, Perak.

Masjid Al-Khairiah
Kampung Kepayang
Coat of arms of Perak.svg
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Kampung Kepayang
Cabang/mazhabMazhab Syafii
Dibuka pada15 Februari 2013
StatusMasjid Jamek
Tempoh pembinaan105 minggu
Maklumat pentadbiran
ImamAbdul Jalil bin Muzain
(Imam Besar)
PengerusiUstaz Muhammad Fouzy Abdul Samad
Dimiliki olehJabatan Agama Islam Perak
Maklumat geografi
Negara Malaysia
NegeriPerak Darul Ridzuan Perak
DaerahKinta
LokasiMasjid Al-Khairiah
Lorong 6
Kampung Kepayang
31400 Ipoh
Perak
Koordinat4°37′09.9″N 101°05′51.7″E / 4.619417°N 101.097694°E / 4.619417; 101.097694Koordinat: 4°37′09.9″N 101°05′51.7″E / 4.619417°N 101.097694°E / 4.619417; 101.097694
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah1,500
KontraktorKonsortium Kontratasa Utama Sdn Bhd
PemajuJabatan Kerja Raya Perak
Bahan binaanKonkrit
KosRM2.2 juta

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah PembinaanSunting

Pada 4 September 2009, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat lawatan ke Kampung Kepayang, Ipoh. Semasa lawatan tersebut, beliau telah meninjau kemudahan yang ada di kampung tersebut, terutamanya masjid. Bantuan sebanyak RM4.5 juta telah dijanjikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membeli tapak tanah dan membina masjid baharu bagi menggantikan Masjid Kampung Kepayang.[1]

Majlis PenyerahanSunting

Majlis penyerahan[2] bangunan dan menandatangani surat penyerahan telah diadakan pada hari Jumaat, 1 Februari 2013. Pengarah JKR Perak Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal sendiri telah menyerahkan dokumen serahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Khairiah Kampung Kepayang, Haji Mukhtar bin Mahmud. Masjid ini telah dibina pada kos RM2.2 juta oleh Konsortium Kontratasa Utama Sdn Bhd.

PenggunaanSunting

Mulai 15 Februari 2013, masjid baharu telah mula digunakan. Masjid lama pula perlu dibangunkan dan dibaikpulih kerana ia masih boleh digunakan untuk pengajian Al Quran dan pelajar-pelajar Tahfiz dan pelajar-pelajar yang baru ingin belajar solat dengan betul. Masjid yang ini dibina atas sekeping tanah seluas 3 ekar oleh kerajaan negeri dan Persekutuan. Ianya terletak berdekatan masjid lama yang boleh memuatkan seramai 800 orang jemaah kini boleh memuatkan 1,500 jemaah. Ianya cukup selesa dengan kawasan lapangnya boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti. Sumbangan ramai untuk penambahbaikan seperti dewan untuk bermesyuarat, menara untuk mendengar azan dan lain-lain.

Pautan luarSunting

RujukanSunting