Masjid Al-Muttaqin, Singapura

masjid di Singapura

Masjid Al-Muttaqin ialah sebuah masjid di Singapura.

مسجد المتقين
Masjid Al-Muttaqin
Maklumat am
Dibuka pada1980
Maklumat geografi
Lokasi5140 Ang Mo Kio Avenue 6
Singapura 569844
Koordinat1°22′14″N 103°50′45″E / 1.370461°N 103.845756°E / 1.370461; 103.845756Koordinat: 1°22′14″N 103°50′45″E / 1.370461°N 103.845756°E / 1.370461; 103.845756
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah4,000
Lokasi
Masjid Al-Muttaqin, Singapura is located in Bumi
Masjid Al-Muttaqin, Singapura
Masjid Al-Muttaqin, Singapura (Bumi)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid ini merupakan masjid kelima yang dibina di bawah program Dana Pembinaan Masjid (Fasa I). Majlis pecah tanah dirasmikan oleh Syed Ali Reḍha Alsagoff, pengerusi Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) pada 29 April 29 1979 dan bangunan masjid dibuka secara rasmi pada 2 September 1980 oleh Raḥmat Kenap, (Anggota Parlimen Geylang Serai). 'Al-Muttaqin' ditakrifkan sebagai orang yang bertaqwa atau orang yang memelihara diri dengan menjalankan semua perintah-perintah Allah dan menjauhi semua larangan-larangan-Nya.

Masjid ini terletak di kawasan Ang Mo Kio dan memenuhi keperluan penduduk-penduduk estet perumahan di sana. Selain menjadi tempat beribadah, masjid ini juga mempunyai sebuah klinik kebajikan homeopati. Masjid ini juga menawarkan kelas-kelas madrasah, tadika, kursus bimbingan rumahtangga dan kursus bimbingan ḥaji.

Masjid Al–Muttaqin dibina pada 1980 dan memakan belanja S$1.83 juta. Dari 1987 dan 1988, sebuah aras baharu telah dibina untuk menampung kelas-kelas tadika.

Perkhidmatan sunting

Masjid ini juga membahagi-bahagikan makanan seperti beras, minyak dan sardin kepada keluarga-keluarga yang memerlukan selain daripada menyediakan kelas agama percuma untuk mereka. Bagi golongan ini juga, pihak masjid telah menyediakan program-program seperti kelas menjahit, kraf tangan dan membaca bagi meningkatkan kemahiran mereka supaya mereka dapat keluar dari lingkaran kemisikinan.

Sayap Muslimah masjid ini juga mengendalikan kelas senaman kebayarobik setiap hari Ahad di perkarangan masjid, Bishan Park atau Balai Rakyat Yio Chu Kang.

Pautan luar sunting