Masjid Al-Rahmaniah, Batu 8

Masjid Al-Rahmaniah merupakan sebuah masjid yang terletak di Batu 8, Lekir, 32020 Sitiawan, Perak.[1] Masjid Al-Rahmaniah memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-08-MJG-00026.

Masjid Al-Rahmaniah
Maklumat am
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHj Ahmad Junaidi bin Mohd Said2017 (Imam Besar)
En.Murad b Mat Noor2017 (Timb. Imam Besar)
En Saiful Nizam b Mohamad Zaki2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-08-MJG-00026
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPerak
LokasiMasjid Al-Rahmaniah, Batu 8, Lekir, 32020 Sitiawan, Perak
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Al-Rahmaniah

Jika ingin maklumat terkini sila rujuk blog ini.http://masjidlekir.blogspot.com/

Ulasan Rakan : http://artmelayu.blogspot.com/2012/07/masjid-mosque-of-batu-8-lekir-perak.html

dan gambar https://foursquare.com/v/masjid-al-rahmaniah/4d673d8d5815548131d0e155

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir Sitiawan Perak. sunting

Masjid ini aktif dalam menjalankan aktiviti keilmuan dan aktiviti rakan masjid di kalangan masyarakat sekeliling.

Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir Sitiawan Perak adalah salah sebuah masjid dalam Daerah Manjung Mukim Lekir Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya  Haji Ahmad b Tok Laji pada tahun 1218 Hijrah bersamaan tahun 1798 Masihi.  ( Sila Rujuk Gambar 1 – Pusara Tok Gondah ).

Tinggalan sejarah yang masih terpahat di lekir ini khususnya di kawasan perkarangan masjid ini adalah Batu Asas Lekir.  ( Sila Rujuk Gambar 2 – Batu Asas Lekir ) .Batu bersurat ini telah dibina oleh Ahmad Shahruddin b Mohamad Sidi pada 31 Ogos 1957 Masihi. ( Sila Rujuk Gambar 3 – Pengasas Batu Asas Lekir )

Masjid ini  menjadi tempat wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan sembahyang jamaah, aktiviti keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk penduduk setempat. Masjid ini hingga kini, berperanan besar dalam urusan dakwah sekitar Lekir yang dikenali sebagai masjid tertua di Mukim Lekir.

Kuliah agama sentiasa memenuhi ruang pengajian pada setiap malam bagi memenuhi tanggungjawab agama dan syiar Islam agar tuntutan Syariat Allah dapat dipenuhi oleh seluruh penduduk Mukim Lekir.

SEJARAH MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR

1.     Masjid Pertama : Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir telah dibina seawal tertubuhnya kampung Lekir sekitar tahun 1798 Masihi di tepi muara  Sungai Lekir atau Parit Besar Lekir. Masjid pertama ini digelar sebagai Masjid Belukar Cabai. Namun Masjid tersebut telah musnah ketika banjir besar melanda Lekir pada tahun 1926 Masihi.

2.     Masjid Kedua : Banjir besar telah mengakibatkan kerosakan besar pada keseluruhan asas binaan masjid. Maka terbinalah Masjid Al-Rahmaniah yang baru di tapak baru yang berada di atas Lot 5576 seluas 0.1600 Ha atau 0.3954 ekar. Masjid kedua ini digelar sebagai Masjid Tebing Tinggi  pada awalnya kemudian diberikan nama baru iaitu Masjid Al-Rahmaniah . Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Duli yang Maha Mulia Sultan Perak Raja Alang Iskandar  Shah al-Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshid al-Adzam Shah 1 Rahmatullah ( Sultan Perak Ke-30 mulai 26 Oktober 1918 - 14 Ogos 1938 ) . ( Sila Rujuk Gambar 4 – Baginda Sultan merasmikan Masjid  ) Beliau telah merasmikan pada tahun 1927 Masihi. ( Sila Rujuk Gambar 5 – Masjid Al-Rahmaniah pada tahun 1927 Masihi )

Penambahbaikan berlaku setelah 30 tahun berlalu dengan menukarkan binaan dinding papan kepada dinding batu ( Sila Rujuk Gambar 6 – Masjid Al-Rahmaniah pada tahun 1957 Masihi ) dan selepas itu menambah sebuah menara tinggi berbentuk bulatan selinder sebagai mercu tanda masjid telah berjaya didirikan pada tahun 1959 Masihi.

PROJEK MELUASKAN KAWASAN MASJID AL-RAHMANIAH

Keluasan Masjid Al-Rahmaniah  yang berada di atas Lot 5576 hanyalah seluas 0.1600 Ha atau 0.3954 ekar. ( Sila Rujuk Gambar 7 – Gambar dan Tapak Masjid ) . Oleh itu, usaha perlu dijalankan untuk meluaskan kawasan masjid agar kemudahan dan keperluan asas masjid dapat dinaiktaraf pada masa akan datang.

Berikut adalah proses projek meluaskan kawasan masjid :

1.     Kawasan masjid yang terhad menyebabkan AJK Masjid memohon tapak masjid kali pertama ( 1 ) yang bersebelahan yang merupakan rizeb laluan sungai telah diluluskan pada tahun 1990-an. Jumlah tambahan kawasan masjid adalah seluas 0.1337 Ha atau 0.3304 ekar. ( Sila Rujuk Gambar 8 – Perluasan Kawasan Tanah Masjid 1 )

2.    Pembesaran tapak tanah masjid kali kedua ( 2 ) telah diluluskan pada awal tahun 2014. Jumlah tambahan kawasan masjid kali ini adalah seluas 0.5928 Ha atau 1.4646 ekar. ( Sila Rujuk Gambar 9 – Perluasan Kawasan Tanah Masjid 2 )

3.     Pada 5 November 2014, Masjid juga memperolehi   ½  tanah di Lot 5571, ( bersebelahan kawasan masjid ) apabila seorang individu telah membeli tanah dengan nilai RM250,000.00 seterusnya diwakafkan untuk tapak masjid baru.Beliau yang dimaksudkan Tn Haji Isa b Ahmad.Tanah tersebut adalah seluas 0.3968 Ha atau 0.9868 ekar. ( Sila Rujuk Gambar 10 – Perluasan Kawasan Tanah Masjid 3 )

Jumlah keseluruhan tapak masjid kini adalah seluas  1.2833 Ha atau 3.1772 ekar.

Templat:Gambar

Sedang mencari jalan bagaimana cara uploadkan gambar ... harap maaf... kalau ada sesiapa yang tahu , sila maklumkan pada jundi75@yahoo.com.

Maklumat Laman : Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir 32020 Sitiawan Perak ).

Gambar Masjid 2014 https://app.box.com/s/z2tnptje5wq2dbymv0wq



Rujukan sunting

Pautan luar sunting