Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Sungai Lang Baru

SEJARAH MASJID KAMPUNG SUNGAI LANG BARU (BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN)

Masjid Kampung Sungai Lang Baru
مسجد كمڤوڠ سوڠاي لڠ بارو
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
Imam (Imam Besar)
Mohd Naudi Haqqi bin Ahmad (Timb. Imam Besar)

Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahDaerah Kuala Langat
LokasiKampung Sungai Lang Baru, 42700 Banting
Koordinat2°47′38.5″N 101°30′32.1″E / 2.794028°N 101.508917°E / 2.794028; 101.508917Koordinat: 2°47′38.5″N 101°30′32.1″E / 2.794028°N 101.508917°E / 2.794028; 101.508917
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1 besar, 2 kecil
Bil. tingkat1
Bil. menara1
Kapasiti jemaah800 orang
Bahan binaanKonkrit
Laman sesawang
[[1]]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada asalnya, masjid ini dinamakan Masjid Ar-Rohmaniah bersempena nama Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman dan ahli keluarganya yang terdiri daripada penduduk tempatan kawasan ini. Hal ini berikutan inisiatif beliau membeli tanah masjid yang berkeluasan lebih kurang 2 ekar di atas Lot 2949, Jalan Besar, Kampung Sungai Lang Baru pada sekitar tahun 1975. Beliau kemudian telah mewakafkan tanah tersebut bertujuan membina sebuah masjid bagi memenuhi keperluan penduduk kampung tersebut yang memerlukan sebuah masjid untuk beribadah dengan lebih baik dan menjalankan kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan.

Pada tahun 1985, nama masjid ini telah dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Masjid dan mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor. Terdahulu, nama Ar-Rohmaniah telah dipilih dan nama ini berasal daripada salah satu nama Allah S.W.T. yakni Ar-Rahman yang berasal dari suku kata “ra ha ma” bermaksud penyayang. Nama ini diabadikan pada masjid untuk memperlihatkan masjid sebagai sebuah institusi yang mengagungkan sifat Ar-Rahman bagi menerapkan nilai murni dan sifat saling berkasih sayang kepada anak-anak kariah di bawah kariah masjid ini.

Selain itu, nama itu dipilih dengan harapan agar ahli kariah masjid sentiasa mengimani nama Allah S.W.T. tersebut seterusnya menambahkan rasa syukur manusia kepada-Nya yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada manusia di bumi-Nya yang luas ini. Selain itu, masjid ini dinamakan sedemikian bertujuan mempelbagaikan fungsi masjid selain daripada menjadi rumah ibadat umat Islam kepada sebuah institusi yang menjadi landasan untuk membina ukhuwah Islamiyyah.

Masjid ini terletak tidak jauh daripada kawasan Pekan Banting yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk membeli belah dan mendapatkan barangan harian. Terdapat beberapa buah surau yang bernaung di bawah pengurusan kariah masjid ini di antaranya Surau Imam Haji Hanafiah, Surau Haji Abdul Hamid dan Surau Darul Ulum serta sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Agama Sungai Lang Baru bersebelahan masjid ini.

SEJARAH PEMBINAAN MASJID KAMPUNG SUNGAI LANG BARU

Kerja-kerja pembinaan masjid bermula pada tahun 1976 dengan peruntukan sebanyak RM50,000 yang disumbangkan oleh pihak kerajaan. Pada tahun 1978, akhirnya masjid ini telah siap dibina dan mampu memuatkan sehingga 500 orang jemaah pada satu-satu masa. Pelan dan reka bentuk masjid ini dibuat oleh pihak kerajaan dan mengalami sedikit pengubahsuaian setelah mendapat maklum balas daripada Ahli Jawatankuasa pertama masjid ini.

Setelah itu, pada tahun 1996, sebuah projek pembesaran masjid yang melibatkan kos berjumlah RM78,000 telah dijalankan hasil derma dan sumbangan wajib penduduk kampung. Seterusnya beberapa fasa kerja pembesaran masjid telah menyusul pada tahun 2000 dan 2005 menggunakan peruntukan kerajaan dan sumbangan seorang dermawan budiman kepada pihak masjid.

Terbaharu, projek pembesaran ruang solat masjid telah dibuat pada Mac 2017 berikutan pertambahan bilangan ahli jemaah susulan kemunculan banyak projek perumahan di sekitar kawasan masjid.

Latar belakang sunting

Masjid Ar-Rahmaniah terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 47 minit, 38.5 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 30 minit, 32.1 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 43minit, 34.4 saat. [1]

Rujukan sunting


Pautan luar sunting