Masjid As-Salam (Puchong Perdana)

Masjid As-Salam Puchong Perdana ialah sebuah masjid di Puchong, Selangor. Masjid ini yang juga dikenali sebagai 'Masjid Terapung' terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain taman perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan dan Taman Puchong Permai. Masjid As-Salam Puchong Perdana mula digunakan pada 5 Januari 2006.

Masjid As-Salam (Puchong Perdana)
Maklumat am
Dibuka pada2006
Maklumat pentadbiran
ImamUstaz Amal (di siri AQIL) (Imam Besar)
Ust. Idris bin Saniman (Timb. Imam Besar)
LokasiPuchong Perdana,
Puchong, Selangor
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah4000

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rekabentuk senibina Masjid As-Salam Puchong Perdana adalah amat menarik dan menjadi mercutanda kepada taman-taman perumahan. Masjid ini mempunyai kapasiti seramai 4000 orang.

Satu keistimewaan masjid ini ialah kegigihan pihak pengurusan dalam memperkasakan ekonomi masjid. Masjid ini mempunyai biro ekonomi yang mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengumpul wang seperti pasar Jumaat, perkhidmatan mencuci kereta dan juga program infak. Pengunjung boleh membantu pembangunan masjid dengan membeli air mineral daripada pihak masjid dan wang berkenaan akan didermakan kepada masjid. Apa yang boleh dibanggakan ialah, penjualan air mineral dilakukan tanpa penjaga, yakni pembeli mengambil air mineral dan memasukkan duit ke dalam tabung dengan sendiri.

Pautan luar sunting