Masjid At-Taqwa, Pulau Pinang

Masjid At-Taqwa merupakan sebuah masjid di daerah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.Masjid ini juga salah satu masjid yang paling aktif menganjurkan program mahupun aktiviti di Pulau Pinang.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh masjid ini adalah majlis berbuka puasa pada bulan ramadhan yang mengikut adat islam iaitu memakan bersama di atas talam yang khas buat empat orang.Masjid ini juga terdapat pejabat pentadbiran yang baru siap dibina pada tahun ini.Masjid ini dilengkapi dengan pendingin hawa dan dewan pengururusan jenazah.Masjid inu punyai 2 tingkat yang terbahagi untuk kaum muslimin & muslimat, tingkat atas untuk muslimat manakala ruang di bawah untuk muslimin.Tetapi pada hari jumaat iaitu pada waktu solat jumaat kedua-dua ruang ii dibuka untuk muslimin untuk menunaikan solat jumaat.