Masjid An Nur merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 21.4, Beringin, 76100 Durian Tunggal Melaka.[1]

Masjid An Nur
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHj Md Ali Bin Ibrahim 2017 (Imam Besar)
En Yaman Bin Murat 2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00016
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
LokasiMasjid An Nur,
Km. 21.4,
Beringin,
76100 Durian Tunggal
Melaka
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid An Nur

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid An Nur,
Km. 21.4,
Beringin,
76100 Durian Tunggal
Melaka

Sejarah sunting

Masjid Beringin ini didirikan pada tahun 1917 dan diubahsuai semula pada tahun 1960 dengan derma orang ramai. Masjid Annur Kampung Beringin ini telah dibina diatas tanah seluas 4 ekar yang dibeli dari En Sani bin Dahlan pada harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

Pada awalnya Kampung Beringin hanya memiliki sebuah masjid kayu yang telah lama digunakan oleh penduduk Kampung.Apabila keadaan masjid lama itu sudah tidak sesuai lagi digunakan ditambah lagi dengan kedudukan masjid yang jauh dari jalan utama, maka Pengerusi JKKK pada masa itu, En Zainal bin Mohd Dom telah mengambil inisiatif dan berusaha tanpa jemu bagi memastikan kg Beringin mendapat sebuah masjid yang lebih selesa dan dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah.

Usaha beliau disambung oleh Pengerusi JKKK seterusnya, Haji Abdul Malik bin Hj Wan dan akhirnya impian penduduk kampung Beringin untuk mendapat sebuah masjid yang baru tercapai apabila ia siap dibina sepenuhnya pada bulan March 1995. Masjid Annur Kampung Beringin telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada masa itu, Datuk Haji Mohd Zin bin Abdul Ghani pada 17hb April 1995.

Pentadbiran sunting

Masjid An Nur memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-AG-00016.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting