Masjid Brunei Darussalam

Masjid Brunei Darussalam merupakan masjid atas air terapung pertama di Malaysia. Masjid ini telah diwakafkan oleh Sultan Brunei Darussalam,[1] terletak di Danau Tok Uban atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan, berkedudukannya di pinggiran Danau Tok Uban. Pada awalnya tiada ramai yang tahu tentang masjid ini namun setelah 20 tahun pembinaannya, ia mula menjadi popular kerana ada kaitan dengan Sultan Brunei.

Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah Madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien III iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei kini (Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien) dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H. Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kepada sekolah tahfiz Institut Pendidikan Al-Balaghulmubin di Kampung Rong Chenok, Pasir Mas. Suasana di kawasan Masjid ini amat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan sesuai dijadikan kawasan pengajian terutama bagi pelajar Tahfiz di sini.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting