Buka menu utama
Ruangan solat Masjid Cina Melaka

Masjid Cina Melaka (Jawi: مسجد چينا نڬري ملاك) merupakan sebuah masjid di Krubong, Melaka, Malaysia dengan gaya seni bina Cina. Masjid ini adalah masjid ketiga berciri seni bina Cina di Malaysia selain di Kelantan dan Perak. Ia telah dibangunkan oleh Persatuan Cina Melaka (Pertim).[1][2][3]

SejarahSunting

Bajet pembinaan masjid ini telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Oktober 2011. Pembinaannya dimulakan pada Ogos 2012 oleh Warisan Harmoni Pembinaan Sendirian. Bhd. dan siap sepenuhnya pada April 2014.

Seni binaSunting

Masjid ini direka dengan seni bina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina daripada gabungan reka bentuk seni bina beberapa masjid-masjid di Beijing, Shanghai dan Xi'an di China. Ia mempunyai satu menara masjid dan dua kubah. Masjid ini dilengkapi dengan dewan solat utama, perpustakaan, dewan serbaguna, pejabat-pejabat dan restoran. Dengan kawasan seluas 2.8 hektar, masjid ini boleh menampung sehingga 2,000 jemaah.

KosSunting

Dianggarkan kos pembinaan masjid ini sebanyak MYR7.5 juta, dengan MYR5.9 juta disediakan oleh kerajaan persekutuan manakala selebihnya daripada Pertim dan sumbangan orang ramai.

AktivitiSunting

Khutbah solat Jumaat di masjid ini disampaikan dalam bahasa Mandarin.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Ethnic-based mosques do not undermine Muslim solidarity, says group". themalaysianinsider.com. 
  2. ^ "Chinese mosque for Malacca". Free Malaysia Today. 
  3. ^ "Archives". thestar.com.my.