Masjid Jamek Ar Rahman, Pulai

masjid di Kampung Pulai, Merlimau

Masjid Jamek Ar Rahman (Jawi: مسجد جامع الرحمن) merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Pulai, Merlimau, Melaka.

Masjid Jamek Ar Rahman
مسجد جامع الرحمن
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabIslam Sunni
Dibuka pada2 Mac 2018
StatusBeroperasi
Tempoh pembinaan2 tahun
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
LokasiMasjid Jamek Ar Rahman,
Jalan Melaka-Muar Kampung Pulai
77300 Merlimau,
Melaka
Koordinat2°08′38.3″N 102°22′15.2″E / 2.143972°N 102.370889°E / 2.143972; 102.370889Koordinat: 2°08′38.3″N 102°22′15.2″E / 2.143972°N 102.370889°E / 2.143972; 102.370889
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat2
Bil. menara1
Kapasiti jemaah1,500 orang
Keluasan2.5 ekar (1.01 hektar)
KontraktorJabatan Kerja Raya Daerah Jasin
Empangan Makmur Sdn. Bhd.
Bahan binaanSimen
KosRM 7 Juta

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pembinaan Masjid Jamek Ar Rahman yang ketika itu dikenali dengan nama Masjid (Baru) Ar-Rahman[1] telah diusahakan sejak tahun 2007.[2] Pada 21 Oktober 2013, pembersihan tapak masjid yang berkeluasan 2.5 ekar (1.01 hektar) telah dimulakan.[perlu rujukan] Perasmian pembinaan masjid ini telah dilakukan pada 28 Disember 2015 oleh Datuk Wira Hj Ahmad Hamzah selaku Ahli Parlimen Jasin.[3] Pembinaan masjid bermula pada penghujung tahun 2015[nota 1] dan telah siap sepenuhnya pada 8 Februari 2018 setelah kira-kira dua tahun dalam tempoh pembangunan.[5]

Pembinaan masjid ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 7 juta[6] dengan RM4.46 juta peruntukan adalah daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri manakala RM340 ribu pula diperoleh daripada Majlis Agama Islam Melaka dan sumbangan orang ramai.[3] Perasmian masjid ini telah dilakukan pada 2 Mac 2018 oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil bin Yaakob, Gabenor Negeri Melaka serta dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Seri Idris Haron dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan.[2][6][7]

Pentadbiran sunting

Masjid Jamek Ar Rahman merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Merlimau, Melaka.

Alamat sunting

Masjid Jamek Ar Rahman,
Jalan Melaka-Muar Kampung Pulai
77300 Merlimau,
Melaka

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Terdapat laporan bercanggah yang menyatakan pembinaan bermula pada lewat tahun 2015,[3] awal tahun 2016[4] dan penghujung tahun 2016.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Parlimen Jasin dapat dua masjid baru" (PDF). Melaka Hari Ini. Ayer Keroh, Melaka: MHI Sdn. Bhd. (diterbitkan 15 Jun 2015). 14 Jun 2015. m/s. 15. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 21 April 2018 – melalui mhi.com.my. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b BeritaRTM (2 Mac 2018). "Sebuah Masjid Baharu Bernilai RM 4.46 Juta Akan Dibina Di Atas Seluas 2.5 Ekar Di Kampung Pulai Serkam, Melaka". Berita RTM. Wartawan dan foto oleh Siti Nur Amirah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 19 April 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c Khairunnisa Abd Rahman (29 Disember 2015). "Warga Kampung Pulai Bakal Terima Masjid Baharu". Malaysiaaktif. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-22. Dicapai pada 22 Mei 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Kebanggan warga DUN Serkam" (PDF). Melaka Hari Ini. Ayer Keroh, Melaka: MHI Sdn. Bhd. (diterbitkan 7 September 2017). 6 September 2017. m/s. 6. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 21 April 2018 – melalui mhi.com.my. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ a b "Laungan azan Masjid Ar-Rahman bergema 1 Mac" (PDF). Melaka Hari Ini. Ayer Keroh, Melaka: MHI Sdn. Bhd. (diterbitkan 9 Februari 2018). 8 Februari 2018. m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-20. Dicapai pada 20 April 2018 – melalui mhi.com.my. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Bernama (2 Mac 2018). "Pemilihan Calon Dan Parti Penting Untuk Galas Amanah Rakyat". Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 19 April 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ @PDTJasin (3 Mac 2018). "Majlis Perasmian Masjid Jamek Ar Rahman, Kampung Pulai, Jasin Melaka oleh TYT Gabenor Negeri Melaka" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2018. Dicapai pada 23 April 2018 – melalui Twitter. Invalid |url-status=no (bantuan)

Pautan luar sunting