Masjid Jamek Bidor
Masjid Jamek Bidor merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Bidor, Perak.Berdekatan dengan pekan bidor yang terkenal dengan buah jambu. Masjid ini telah dimakmurkan dengan baik oleh penduduk disekitar masjid jamek bidor. Buat masa imam yang bertanggungjawab dimasjid jamek bidor ialah tuan Haji Hassan bin Hj Moid yang merupakan menantu lelaki kepada seorang ulama Tuan Hj Mohd Yunus bin Ahmad (1910-1982)yang amat berjasa kepada penduduk bidor didalam mengembangkan syiar islam.