Masjid Jamek Sultan Ibrahim

masjid di Muar, Johor, Malaysia

Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Jawi:ﻣﺴﺟﺪ ﺟﺎﻣﻊ ﺳﻠﻄﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﯿﻢ) ialah sebuah masjid tertua yang terkenal dalam daerah Muar. Ia terletak di Bandar Maharani, Muar, Johor, Malaysia. Lokasi masjid ini adalah di Jalan Petri berdekatan dengan muara Sungai Muar.

Masjid Jamek Sultan Ibrahim
ﻣﺴﺟﺪ ﺟﺎﻣﻊ ﺳﻠﻄﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﯿﻢ
Masjid di waktu siang hari
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Jamek Muar
Cabang/mazhabMazhab Syafii
Dibuka pada28 Februari 1930
StatusMasjid daerah
Masjid jamik
Tempoh pembinaan15 Februari 1925 - 28 Februari 1930
Maklumat pentadbiran
ImamImam Haji Azman bin Mo’min (Imam Besar)
Imam Haji Mohd Hafiz bin Hashim (Timb. Imam Besar)
Imam Haji Musa bin Muda Al-Hafiz
Imam Haji Mohyeedin bin Bahron
Imam Haji Mohd Tamlis bin Abdul Rahman
BilalBilal Mohd Zaki bin Mustapha
Bilal Abu Bakar bin Muhammad
PengerusiAs-Syeikh Haji Dzulkafli bin Mohammed
Dimiliki olehJabatan Agama Islam Negeri Johor
No DaftarNo Daftar: MY-01-BP-00019
Maklumat geografi
Negara Malaysia
NegeriJohor Johor Darul Ta'zim
DaerahMuar Muar
LokasiJalan Petri
Taman Sri Tanjung
Muar
Koordinat2°02′46.2″N 102°33′29.9″E / 2.046167°N 102.558306°E / 2.046167; 102.558306Koordinat: 2°02′46.2″N 102°33′29.9″E / 2.046167°N 102.558306°E / 2.046167; 102.558306
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaMoorish
Bil. tingkat2
Bil. menara1
ArkitekEncik Sulaiman bin Haji Ilyas
KontraktorMejar Al-Haj Muhammad Said bin Haji Sulaiman
PemajuKerajaan Negeri Johor
Bahan binaanKonkrit, Besi Cerucuk
KosRM400,000.00
Laman sesawang
Masjid Jamek Muar

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Masjid Jamek Muar[1] adalah merupakan nama pertama yang diberikan sempena pembinaan masjid dan merupakan masjid yang tertua di Daerah Muar. Pembinaan ini ditaja pada tarikh 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. Senibina masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu Encik Sulaiman bin Haji Ilyas. Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said bin Haji Sulaiman.

Pembinaan masjid ini adalah daripada ehsan Kerajaan Johor dan Khairat Ahli Negeri Johor Darul Ta’zim.

Masjid Jamek Muar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail (Tengku Mahkota Johor) dan Yang Berhormat Dato’ Mustapha Jaafar (Menteri Besar Johor) pada hari Jumaat, jam 11 pagi pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930 Masihi.

Masjid ini telah dirasmikan dan dibuka kepada umum sempena 35 tahun penaklukan dan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim (Sultan Yang Dipertuan Johor), dan juga kepada Yang Amat Mulia Tengku Ahmad selaku Pesuruhjaya Kerajaan Daerah Muar, serta kepada Yang Berhormat Engku Ali bin Abdullah selaku Yang Dipertuan Agama Islam Johor.

Aktiviti Mingguan Masjid sunting

 
Suasana masjid di waktu malam
  • Kuliah Subuh
  • Kuliah Maghrib
  • Kuliah Dhuha
  • Kuliah Helwah
  • Kuliah Tarannum
  • Zikir Asma Ul Husna
  • Wirid Khaujakan

Kemudahan sunting

  • Pusat Pengajian Al Quran
  • Akademi Seni Khat Muar
  • Pusat Kursus Pra Perkahwinan
  • Dewan Seri Utama - dewan pelbagai guna
  • Safar Inn
  • Balai Rehat
  • Klinik Wakaf An-Nur
  • Laman Sihat
  • WiFi

Hubungi sunting

 
Gambar sisi masjid

Lujnah Ta'mir
Masjid Jame' Sultan Ibrahim Muar
Jalan Petri
84000 Muar
info@masjidjamekmuar.org

Lihat juga sunting

Rujukan sunting