Masjid Jin (The Mosque of Jinni) ialah sebuah masjid yang terletak di sebelah kiri jalan naik ke perkuburan Ma’la di samping bersebelahan dengan Jambatan Penyemberangan di Kota Suci Makkah al-Mukarramah. Dinamakan demikian kerana di sanalah Nabi Muhammad telah menulis sepucuk surat kepada Ibnu Mas’ud yang ketika itu beliau (Ibnu Mas’ud) menerima "Serombongan Jin" (Jinni Caravans) yang ingin membai’at Nabi Muhammad SAW, yang sebelumnya mereka yakni golongan Jin tersebut pernah menemui Nabi Muhammad di Nakhlah dalam perjalanan Nabi pulang dari Ta'if pada tahun kesepuluh kenabian. Masjid Jin juga turut diberi jolokan dan gelaran sebagai Masjid Al-Haras, dan dibaikpulih kembali pada tahun 1421 Hijrah.

Rujukan sunting

  • At-Tarekh al-Qowwim, 5/81; Al-Arajj al-Misky, halaman: 73; Matsir Al-Gharam, halaman 191.