Masjid Kampung Keling

(Dilencongkan dari Masjid Kampong Keling)

Masjid Kampung Keling merupakan sebuah masjid yang terletak di daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia. Masjid Kampung Keling adalah antara masjid paling tua di Malaysia.

Masjid Kampung Keling
مسجد کمڤوڠ کليڠ
Masjid Kampung Keling
Maklumat pentadbiran
Dimiliki olehNo Daftar:
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahMelaka Tengah
LokasiMasjid Kampung Keling,
Km. 17, Jalan Tukang Mas,
75400 Melaka.
Koordinat2°11′48″N 102°14′51″E / 2.196792°N 102.24753°E / 2.196792; 102.24753Koordinat: 2°11′48″N 102°14′51″E / 2.196792°N 102.24753°E / 2.196792; 102.24753
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat1
Bil. menara1
Laman sesawang
Masjid Kampung Keling.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dibina pada tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tukang Emas. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orang Cina. Di masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh penduduk daripada kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan “Keling” (daripada perkataan Kalinga).

Gaya berganda dalam senireka masjid melambangkan perkembangan pesat ilmu senibina di Melaka pada masa itu, dengan kedatangan pengaruh-pengaruh binaan yang dibawa oleh orang Belanda dari Eropah.

Masjid Kampung Keling dibina menggunakan tapak segi empat sama, dan bukan di atas tapak segi empat tepat ataupun heksagon seperti yang diamalkan di negara-negara Timur Tengah. Kawasan beranda dihiaskan dengan tiang Corinthian dan mengelilingi kawasan dewan solat. Tiang Corinthian juga menadakan pemisah di antara ruang minbar daripada dewan solat.

Bumbung tiga lapisan digunakan dalam senibina Masjid Kampung Keling ini, seperti mana bumbung di Masjid Kampung Hulu. Bumbung tiga lapisan ini mencirikan masjid-masjid di Melaka. Bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid. 4 tiang seri ini dilengkapkan dengan 8 tiang yang lebih kecil yang digunakan untuk menyokong struktur lapisan kedua dan lapisan ketiga bumbung berlapis tiga itu. .

Menara masjid dibina daripada batu, dan mempunyai bentuk seperti sebuah pagoda, juga satu ciri masjid di Melaka. Pengaruh lain digunakan kerana sebelum pembinaan Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Keling, masjid-masjid binaan orang Melayu tidak menggunakan menara.

Pada tahun 1868, masjid dan menara dilindungi oleh tembok tinggi sebagai pemisah dengan jalan raya.

Jubin seramik diimport dari negara China unutk menghiasi bumbung, lantai dan dinding-dinding masjid ini.

Motif hiasan yang menghiasi pintu, tingkap dan juga hiasan pada tepi tebing bumbung juga dipengaruhi hiasan China. Pengaruh seni bina Eropah dimasukkan dalam pembinaan masjid ini, khususnya dengan laparan plaster yang digunakan untuk dinding bahagian dalam masjid ini.

Masjid Kampong Keling terletak di Bandar Melaka, Melaka. Masjid ini dibina tidak jauh ke belakang dengan Masjid Kampong Hulu. Ia dibina seawal tahun 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masehi. Kemudian masjid ini diperbaharui dalam tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masehi dengan bangunan batu. Dalam tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut Kampong Hulu. Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.

Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.

Seni bina sunting

Seni bina Masjid ini memang unik terdapat gabungan seni bina Masyarakat Melayu, Melayu Minang dan Cina Islam. Di masjid tersebut terdapat sebuah menara berbentuk pagoda bumbung bertiga tingkat. Kebanyakan lantai jubin di Masjid Kampung Keling ini dibawa tempahan khas dari Kerajaan Khalifah Islam Chi Na Manchu Cing. Segala ukiran-ukiran yang masih dalam masjid dibuat khas Tukang Ukir dari Masyarakat Melayu. Terdapat sebuah kolah air untuk sembahyang di kiri Masjid serta pancutan air di tengah kolah. Tiang menyokong bumbung kolah ini terdiri daripada besi waja padat berbentuk lukisan Arab. Bumbungnya masih berkeadaan tetap. Terdapat jua perigi lama, masih digunakan berhampiran kolah ini.

Lawatan sunting

Masjid ini dibenarkan untuk menerima pelawat. Namun, pelawat adalah dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan cara pakaian orang-orang Islam iaitu seluar yang menutupi lutut untuk lelaki dan memakai tudung atau skaf untuk wanita. Walau bagaimanapun, masjid ini menyediakan jubah untuk mereka yang tidak memakai pakaian yang sesuai. Selain itu, orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dewan solat.


Rujukan sunting

  • Ed. Martin Frishman and Hasan-Uddin Khan. 1994. The Mosque: History, Architectural Development and Regional Diversity. London: Thames and Hudson, 237-238.