Masjid Kampung Gelam

Masjid Kampung Gelam merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid ini dibina pada 20 September 1980 bagi menggantikan masjid lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung pertambahan bilangan penduduk.

Kos pembinaan bangunan masjid menelan belanja sebanyak RM100,000 dan kos tapak masjid ini ditampung oleh penduduk kampong sebanyakRM 3,000.00. Pembinaan bangunan masjid ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan memakan masa hampir setahun untuk disiapkan.

Perasmian Masjid Kampong Gelam telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Seri Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik, pada hari Jumaat, 24 Muharram 1405 Hijrah bersamaan 19 Oktober 1984.

Pautan luar sunting