Masjid Kampung Londang

Masjid Londang merupakan sebuah masjid yang terletak di Km 31.6, Kampung Londang, 78300 Masjid Tanah Melaka.[1] Ia juga dikenali sebagai Masjid Al Ehsan merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka.

Masjid Londang
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada (1972-01-01) 1 Januari 1972 (umur 52)
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamAwang Che Bin Abdul Ghani 2017 (Imam Besar)
Hj Yaakup Bin Sohor 2017 (Timb. Imam Besar)
Mohd Zaid Bin Khamis 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00038
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahAlor Gajah
LokasiMasjid Londang,
Km 31.6,
Kampung Londang,
78300 Masjid Tanah
Melaka
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Londang

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid Londang,
Km 31.6,
Kampung Londang,
78300 Masjid Tanah
Melaka

Sejarah sunting

Masjid ini diasaskan sekitar tahun 1921 dengan nama Masjid Londang . Antara pengasasnya ialah Hj.Deraman, Hj.Rajak Dollah, Hj.Dol Rajak . Keluasan masjid ini pada awalnya kira-kira 15m X 15m persegi. Manakala senibinanya menyamai senibina masjid-masjid tua di Melaka seperti Masjid Tengkera dan Masjid Kg.Hulu. Ukiran-ukiran lama masih jelas pada tiang-tiang batu bulat yang memayungi masjid ini. Walaupun telah melalui proses ubahsuai lebih 10 kali , namun tiang-tiang batu berukir ini masih dikekalkan termasuk senibina ukir kayu mimbarnya. Antara imam-imam yang pernah memimpin masjid ini ialah Imam Hj.Yunus Abun, Imam Yasin Latip, Imam Hj.Mohd Nor , Imam Mohamad Jantan. Turut sama menguruskan pentadbiran masjid ini ialah siding-sidang Kg.Londang seperti Sidang Mohamad, Sidang Abuchik Nekmat, Sidang Md.Karim Ani. Manakala pegawai-pegawai masjid yang masih diingati ialah Bilal Pedin, Tok Musa, Bilal Sukor, Khatib Husin, Tok Karim Osman, Bilal Othman dan Mukim Hj.Yunus Tahir.

Sekitar tahun 1980an masjid Kg.Londang telah dinamakam Masjid Al Ehsan dan dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Adib Bin Adam. Keluasannya telah bertambah kira-kira 25m X 30m persegi dan boleh menampung lebih kurang 800 jemaah.

Masjid ini ditokok tambah dengan mewujudkan perpustakaan, bilik mesyuarat, menara azan, garaj kereta jenazah, tandas baru, pondok sembelihan korban. Bilik mimbar utama tengah masjid telah dipasang penghawa dingin. Keluasan tanah wakaf masjid ini ialah 0ek.0r.22pol di atas Lot 398 Mukim Sungai Baru Tengah. Imam yang memimpin jemaah masjid ialah Imam Hj.Mohd Saref Ismail dan Imam Yaakob Sohor. Manakala Sidang Mohamad Bin Othman sebagai teraju sidang Kg.Londang sekarang. Turut bernaung dibawah masjid Al Ehsan ialah pentadbiran 3 buah surau di Kampong Londang iaitu Madrasah Al Rahman Bt. 19, Madrasah Al Hidayah dan Madrasah Al Hairiyah. Kesemua madrasah ini serba moden dan selesa . Masjid ini mula dibina pada tahun 1925 dan dibesarkan dengan bantuan kerajaan.


Pentadbiran sunting

Masjid Londang memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-AG-00038.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting