Masjid Ar-Rahman, Pulai

masjid di Kampung Pulai, Merlimau, Melaka, Malaysia
(Dilencongkan dari Masjid Kampung Pulai)

Masjid Ar-Rahman (Jawi: مسجد الرحمن), dahulu dikenali sebagai Masjid Pulai atau Masjid Kampung Pulai, merupakan sebuah masjid yang terletak di Km 16.8 Kampung Pulai, Merlimau, Melaka bersebelahan Sekolah Kebangsaan Pulai.[2]

Masjid Ar-Rahman
مسجد الرحمن
Gambar Masjid Ar-Rahman pada 21 Mac 2018
Maklumat am
Cabang/mazhabIslam Sunni
Dibuka pada3 April 1998
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHj Sarip Bin Hj Alias 2017 (Imam Besar)
Hj Amil Bin Md Deni 2017 (Timb. Imam Besar)
En Rahman Bin Rosman 2017
PengerusiEn. Saifudin bin Abd Aziz
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-JSN-00095
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
LokasiMasjid Ar-Rahman,
Km. 16.8,
Kampung Pulai
77300 Merlimau,
Melaka
Koordinat2°08′33.2″N 102°22′05.5″E / 2.142556°N 102.368194°E / 2.142556; 102.368194Koordinat: 2°08′33.2″N 102°22′05.5″E / 2.142556°N 102.368194°E / 2.142556; 102.368194
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat1
Bil. menara1
Kapasiti jemaah400 orang[1]
Bahan binaanSimen
KosRM 170 ribu
Laman sesawang
Masjid Ar-Rahman

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pada awal tahun 1920-an, iaitu selepas Perang Dunia Pertama, pemimpin-pemimpin masyarakat Islam Solok Pulai, iaitu sebuah perkampungan nelayan di persisiran Selat Melaka, telah mencari tempat yang bersesuaian bagi membina sebuah masjid bagi dijadikan pusat perkembangan dan penyebaran Islam. Pada tahun 1932, sebuah masjid kayu sementara telah didirikan di mana solat Jumaat telah boleh dilaksanakan. Masjid ini yang dinamakan Masjid Pulai juga dijadikan pusat pembelajaran ilmu agama bagi menggantikan Masjid Serkam yang terletak kira-kira 2 batu (3.2 km) lebih jauh.

Masjid Pulai telah mengalami empat kali perubahan dan pembesaran iaitu pada tahun 1940-an, 1960-an, 1980-an dan 1998. Pembesaran pada 1998 menelan perbelanjaan sebanyak RM 170 ribu dan merupakan pengubahsuaian terbesar masjid ini. Masjid ini telah berubah nama kepada Masjid Ar-Rahman dan dirasmikan pada 3 April 1998 M bersamaan 6 Zulhijah 1418 H.

Pentadbiran sunting

Masjid Ar-Rahman merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Jasin, Melaka. Masjid Ar-Rahman memiliki nombor pendaftaran masjid MY-04-JSN-00095.

Alamat sunting

Masjid Ar Rahman,
Km. 16.8,
Kampung Pulai
77300 Merlimau,
Melaka

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Muhammad Zaidee Daut (13 Julai 2016). "Kariah Pulai dapat masjid baharu RM4.46 juta" (PDF). Melaka Hari Ini. Ayer Keroh, Melaka: MHI Sdn. Bhd. (diterbitkan 3 April 2015). m/s. 7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 21 April 2018 – melalui mhi.com.my. ...Masjid Al-Rahman yang mampu menampung kira-kira 400 orang jemaah... Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Masjid Pulai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 2018-04-19.

Pautan luar sunting