Masjid Kariah Kampung Mantin Dalam

Masjid Kariah Kampung Mantin Dalam merupakan sebuah Masjid yang terletak dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.

Masjid Kariah Kampung Mantin Dalam
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
Imam (Imam Besar)
(Timb. Imam Besar)

Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Seremban
LokasiMantin N.Sembilan
Koordinat2°48′44.8″N 101°52′56.8″E / 2.812444°N 101.882444°E / 2.812444; 101.882444Koordinat: 2°48′44.8″N 101°52′56.8″E / 2.812444°N 101.882444°E / 2.812444; 101.882444
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanKonkrit

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Masjid Kariah Kampung Mantin Dalam terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 48 minit, 44.8 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 52 minit, 56.8 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 39minit, 43.2 saat. [1]

Masjid ini telah dibina pada tahun 1966. Pengasasnya adalah Encik Shamsuddin bin Bacuk dan Tuan Imam Haji Alwi. Masjid ini telah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1982. Tapak masjid ini diwakafkan oleh Encik Yusof bin Yahya dan Hajah Kariah binti Haji Mohd Taib. Pembinaan masjid adalah ganti masjid lama yang telah buruk. Semasa dibina, ahli jemaah adalah seramai 150 orang dan kini mencapai bilangan seramai 300 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia lima buah kawasan tanah perkuburan dan dua buah surau.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Masjid dan surau di daerah Seremban" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-07-01. Dicapai pada 2014-07-07.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-31. Dicapai pada 2021-01-17.

Pautan luar sunting