Masjid Katedral Moscow

Masjid Katedral Moscow (Rusia: Московская соборная мечеть, Moskovskaya sobornaya mechet) ialah masjid utama Moscow, Rusia. Ia terletak di Lebuh Olimpiysky, berdekatan Stadium Olimpik di pusat bandar.

Masjid Katedral Moscow
Masjid pada tahun 2016
Info asas
Lokasi Rusia
 Moscow
Koordinat geografi55°46′45″N 37°37′37″E / 55.77917°N 37.62694°E / 55.77917; 37.62694Koordinat: 55°46′45″N 37°37′37″E / 55.77917°N 37.62694°E / 55.77917; 37.62694
AgamaIslam
NegaraRusia
StatusAktif
Laman webhttp://www.mihrab.ru/
Penerangan seni bina
ArkitekNikolay Zhukov
Jenis seni binaMasjid
Disiapkan pada1904 (struktur lama)
2015 (struktur sekarang)
Kapasiti10,000
Masjid Katedral bersejarah dikelilingi tapak pembinaan masjid baru (2009)
Dewan tengah dengan kubah

Sejarah sunting

Struktur asal dibina pada tahun 1904 menurut reka bentuk jurubina Nikolay Zhukov dan telah mengalami beberapa pembinaan semula sejak kemudian. Masjid ini kadangkala dipanggil "Masjid Tatar" kerana jemaahnya kebanyakannya terdiri daripada etnik orang Tatar. Dari segi sosial, Masjid Jamik Moscow selalu dianggap masjid pusat di Rusia. Ia merupakan satu daripada empat masjid di Moscow.

Masjid lama dirobohkan pada 11 September 2011. Keputusan merobohkannya menimbulkan perbalahan.[1] Pada Jun 2008, masjid ini diiktiraf sebagai objek warisan budaya. Walau bagaimanapun, pada akhir tahun 2008 ia dibuang daripada senarai monumen bersejarah dan seni bina. Oleh itu, pada masa perobohan, ia tidak dilindungi.[2] Terdapat rancangan membina semula masjid ini, dan projek pembinaan semula direka oleh jurubina Ilyas Tazhiyev. Salah satu sebab pembinaan semula kerana bangunan asalnya tersimpang beberapa darjah daripada arah kiblat Mekah. Projek ini termasuk menyahpasang masjid, mengumpulkan semua batu, dan memasang semula dengan arah yang betul. Pada tahun 2009, walau bagaimanapun, Majlis Mufti memecat Tazhiyev, pertama mendakwa mereka akan membuat projek pembinaan semula lagi, dan kemudian merobohkan bangunan mendakwa ia hampir runtuh.[2] Tazhiyev menyatakan selepas perobohan bahawa pembinaan semula masih boleh jadi, dan bangunan tidak hampir runtuh.[2]

Masjid Katedral Moscow menjadi bangunan agama dirobohkan yang pertama di Moscow sejak tahun 1978.[2]

Masjid baru sunting

Masjid baru telah dibina di tapak yang lama. Masjid ini dibuka dengan rasmi pada 23 September 2015. Masjid baru ini mempunyai muatan sepuluh ribu jemaah. Presiden Vladimir Putin dari Rusia, Recep Tayyip Erdoğan dari Turki dan Mahmud Abbas dari Wilayah Palestin bersama dengan pemimpin Islam tempatan menyertai majlis perasmian masjid ini.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Krainova, Natalya (13 September 2011). "Historic Mosque Demolished on 9/11 Anniversary". The Moscow Times. Dicapai pada 4 July 2016.
  2. ^ a b c d Зачем снесли Соборную мечеть? (dalam bahasa Rusia). Echo of Moscow. 17 September 2011. Dicapai pada 21 September 2011.
  3. ^ "Central mosque of Moscow will be inaugurated in 23rd September". Shabestan News Agency. 19 September 2015. Dicapai pada 22 September 2015.

Pautan luar sunting

Templat:Mosques in Russia