Masjid Ljubljana

masjid di Ljubljana, Slovenia

Masjid Ljubljana (Slovenia: Džamija v Ljubljani atau Ljubljanska mošeja) atau nama rasminya, Pusat Kebudayaan Agama Islam (Islamski versko-kulturni center) ialah sebuah masjid yang terletak di daerah Bežigrad, Ljubljana, ibu negara Slovenia.

Masjid Ljubljana
Džamija v Ljubljani
Džamija Ljubljana 3.jpg
Info asas
LokasiLjubljana
Koordinat geografi46°3′36.25″N 14°30′10.39″E / 46.0600694°N 14.5028861°E / 46.0600694; 14.5028861Koordinat: 46°3′36.25″N 14°30′10.39″E / 46.0600694°N 14.5028861°E / 46.0600694; 14.5028861
AgamaIslam
NegaraSlovenia
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid, pusat budaya
Dibiayai olehQatar
Disiapkan pada2020
Spesifikasi
Kapasiti1,400
Bil. menara masjidSatu
Tinggi menara masjid40 meter
[1]

Masjid Ljubljana ialah kesan daripada usaha komuniti Islam di Slovenia sejak 1960-an. Masjid ini dibuka pada Februari 2020 dan akan dirasmikan pada pertengahan tahun 2020.[1]

SejarahSunting

RancanganSunting

Permit bagi pembinaan masjid ini pada asalnya dimohon sejak akhir 1960-an, tetapi tidak diluluskan. Usaha ini dilakukan semula pada 90-an yang mewujudkan tentangan di seluruh negara. Pihak perbandaran cuba untuk melakukan satu referendum untuk menghalang pembinaan masjid pada lewat 2003, tetapi ditentang oleh Datuk Bandar, Danica Simšič kerana dilihat mencabar hak kebebasan agama yang tertakluk dalam perlembagaan negara.[2] Referendum tersebut ditolak oleh Makhamah Perlembagaan pada 13 Julai 2004 dengan undian sebanyak tujuh yang membantah menentang satu yang menyokong.[2][3]

Pada Disember 2008, pihak pembandaran mula mengumpul tandatangan bagi referendum kedua, kali ini untuk menentang cadangan pembinaan menara masjid setinggi 40 meter yang ditentang oleh Datuk Bandar, Zoran Janković.[4] Referendum ini juga dihalang oleh Mahkamah Perlembagaan.[5]

PembinaanSunting

Upacara peletakan batuan asas dilaksanakan pada September 2013 dan dijangka mengambil masa tiga tahun.[6] Pembinaan masjid tertunda pada 2017 dan disambung semula pada tahun berikutnya. Masjid Ljubljana mendapat permit operasi pada September 2019,[7] dan masjid ini dibuka pada Februari 2020.

Kos pembinaan masjid ini pada asalnya dijangka ialah 12 juta, dengan sebahagian besar dana akan dibiayai oleh pihak Qatar,[8] tetapi kos yang sebenar mencecah melebihi €34 juta; pihak Qatar membiayai sebanyak €28 juta terhadap pembinaan.[1]

Pada 2016, terdapat suatu insiden apabila para penentang pembinaan masjid melemparkan kepala dan darah khinzir di tapak pembinaan. Para penentang juga mengkritik campur tangan pihak Qatar yang membiayai dana terhadap pembinaan masjid itu.[5]

Struktur dan kemudahanSunting

Pusat budaya ini terdiri daripada enam buah bangunan yang diperbuat daripada konkrit yang digunakan bersama-sama keluli, kaca dan kayu. Ruang solat merangkumi salah satu daripada enam buah bangunan itu dan boleh menempatkan sehingga 1,400 orang jemaah. Kawasan ruang solat memiliki sebuah kubah besar berwarna biru yang diperbuat daripada tekstil.[5]

Kemudahan-kemudahan yang wujud di sini termasuklah pejabat komuniti, pusat pendidikan, perpustakaan, gelanggang bola keranjang, restoran dan rumah bagi imam masjid.[5]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c "Ljubljana Mosque Opens Next Week, Officially After Ramadan". Total Slovenia News (dalam bahasa Inggeris). 5 Februari 2020. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  2. ^ a b "Finally, a new mosque in Ljubljana?". Slovenia Bulletin (dalam bahasa Inggeris). 29 Julai 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2020. Dicapai pada 9 Februari 2020.
  3. ^ "Odziv županje MOL Danice Simšič na odločitev ustavnega sodišča". Laman rasmi bandar Ljubljana (dalam bahasa Slovenia). 13 Julai 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2009. Dicapai pada 9 Februari 2020.
  4. ^ "Janković: Džamija bo in pika". Finance.si (dalam bahasa Slovenia). 2 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2020. Dicapai pada 9 Februari 2020.
  5. ^ a b c d "Slovenia's first mosque opens despite fierce opposition". AFP (dalam bahasa Inggeris). 4 Februari 2020. Dicapai pada 7 Februari 2020 – melalui New Straits Times. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "Ceremony held for Slovenia mosque after 40 yrs of wait". World Bulletin. 14 September 2013. Dicapai pada 14 September 2013.
  7. ^ "Ljubljana mosque gets operating permit". STA (dalam bahasa Inggeris). 19 September 2019. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  8. ^ "Slovenia PM lays stone on country's first mosque". The Sun Daily. 15 September 2013.

Pautan luarSunting