Masjid Negeri, Negeri Sembilan

masjid negeri di Negeri Sembilan, Malaysia
(Dilencongkan dari Masjid Negeri Seremban)

Masjid Negeri, Negeri Sembilan (atau Masjid Negeri, Seremban) merupakan masjid negeri yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Ia telah dibina pada tahun 1966 di atas tapak yang telah dikurniakan oleh kerajaan negeri. Memandangkan Negeri Sembilan pada masa itu belum mempunyai masjid negeri, maka kerajaan Negeri Sembilan di bawah pempinan YAB Tan Sri Dr. Mohd Said bin Muhammad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu telah bersetuju supaya Masjid Negeri dibina di kawasan seluas lebih kurang 2 hektar bagi menggantikan Masjid Jamek Bandar Seremban yang tidak dapat menampung para jemaah yang semakin bertambah.

مسجد نكري سمبيلن
Masjid Negeri Seremban
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
Imam (Imam Besar)
(Timb. Imam Besar)

Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Seremban
LokasiSeremban N.Sembilan
Koordinat2°43′19.8″N 101°56′33″E / 2.722167°N 101.94250°E / 2.722167; 101.94250Koordinat: 2°43′19.8″N 101°56′33″E / 2.722167°N 101.94250°E / 2.722167; 101.94250
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanKonkrit

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ia telah dirasmikan oleh Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada hari Jumaat, Pada 24 November 1967

Binaan sunting

Rekabentuk Masjid Negeri yang dibina pada tahun 1966 ini begitu simbolik. Sembilan tiang, sembilan ruang dan sembilan anjung tambahan yang dibina menggambarkan struktur politik negeri di mana Negeri Sembilan yang satu ketika mempunyai 9 daerah pentadbiran. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Seremban di pusat bandar. Bekas Bangunan Seketariat Negeri berbentuk zaman kolonial juga terletak berhampiran. Masjid ini turut berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan negeri iaitu Wisma Negeri, Wisma Persekutuan, Dewan Undangan Negeri serta Istana Hinggap.

Rekabentuk masjid ini sangat unik dan menarik dimana ia merupakan senibina moden bercampur elemen tradisional iaitu senibina Minangkabau. Masjid ini mempunyai 3 aras. Aras pertama terletaknya bilik air, bilik wuduk, bilik kuliah, Perpustakaan Islam dan juga Pejabat Pentadbiran Masjid. Aras kedua terletaknya dewan solat utama dan juga ruang solat sisi. Di ruang solat sisi, pengunjung boleh melihat keindahan Taman Tasik Seremban yang terletak bersebelahan masjid. Aras ketiga adalah ruang solat tambahan yang terletak di setiap diameter dewan solat utama serta ruang legar di setiap sisi. Selain itu, sebuah menara terletak bersebelahan masjid.

9 tiang masjid merupakan tarikan utama senibina masjid ini dari luar. Ia juga kelihatan cukup menarik pada waktu malam apabila setiap tiang ini dipancarkan lampu. Dinding dewan solat utama dipadankan dengan kaca dan kayu dan dewan solat utama ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.

Kedudukan sunting

Masjid Negeri Seremban terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 43 minit, 21.8 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 56 minit, 17.2 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 41minit, 45.1 saat. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Masjid dan surau di daerah Seremban" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-07-01. Dicapai pada 2014-07-08.

Pautan luar sunting