Masjid Niujie (Bahasa Cina: 牛街清真寺; pinyin: Niú Jiē Qīng Zhēn Sì) ialah masjid tertua di Beijing, China. Ia pertama kali dibina pada 996 dan dibina semula dan juga dibesarkan semasa Dinasti Qing bawah Maharaja Kangxi (1661-1722).

Masjid Niujie

Masjid ini terletak di Niujie, Daerah Xuanwu Beijing, pusat rohaniah untuk 10,000 umat Islam yang menetap di kawasan itu dan ia merupakan yang terbesar dan tertua di Beijing. Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.

Masjid Niujie meliputi suatu kawasan lebih kurang 6000 meter persegi. Masjid ini merupakan campuran budaya Islam dan Cina. Dari luar, gaya seni binanya menunjukkan pengaruh Cina sementara bahagian dalamnya mempunyai kebanyakannya hiasan Islam. Masjid ini yang dibina dari kayu balak ialah rumah kepada beberapa relik dan batu bersurat kebudayaan penting seperti batu bersurat berdiri yang tertulis suatu titah seorang maharaja pada 1694 di zaman Dinasti Qing.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: 39°53′04″N 116°21′29″E / 39.88444°N 116.35806°E / 39.88444; 116.35806