Masjid Omar Iban Al-Jattab

masjid Colombia

Masjid Omar Iban Al-Jattab (Transkripsi bahasa Sepanyol: Umar ibni al-Khatab) ialah sebuah masjid di Maicao, La Guajira, Colombia. Ia merupakan masjid ketiga terbesar di Amerika Latin. Ia dikenali oleh orang tembatan sebagai “La Mezquita” (“al-Masjid”), dengan begitu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya masjid di rantau ini. Bersama-sama dengan Sekolah Dar Alarkan, ia merupakan pusat bagi budaya dan kepercayaan agama Islam di rantau ini. Masjid ini telah dibina pada 17 September 1997,[1] dan dinamakan sempena khalifah Ahli Sunah Waljamaah, Umar Ibni al-Khatab. Ia telah direka oleh seorang arkitek Iran Ali Namazi, dibina oleh seorang jurutera awam Oswaldo Vizcaino Fontalvo, menggunakan marmar Itali untuk pembinaannya. Ia dapat menumpang melebihi 1000 orang.

Masjid Omar Iban Al-Jattab
Mezquita Maicao Colombia Yuri Romero Picon.JPG
Masjid di Maicao
Info asas
LokasiMaicao, La Guajira, Colombia
Koordinat geografi11°22′41″N 72°14′4″W / 11.37806°N 72.23444°W / 11.37806; -72.23444Koordinat: 11°22′41″N 72°14′4″W / 11.37806°N 72.23444°W / 11.37806; -72.23444
AgamaAhli Sunah Waljamaah
NegaraColombia
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Disiapkan pada1997
Spesifikasi
Bil. kubah1
Bil. menara masjid1
Tinggi menara masjid37m

DalamanSunting

Di pintu masuk terdapat sebuah dewan terbuka besar dihiasi dengan khat bahasa Arab berbingkai. Selanjutnya, terdapat lagi sebuah dewan, lebih besar daripada yang pertama, digunakan bagi lelaki untuk mengerjakan ibadah solat. Ini juga merupakan tempat mereka bertemu untuk menamatkan tempoh berpuasa. Siling bilik ini mempunyai ukiran berhias. Menghadap Mekah terdapat sebuah tempat bagi perempuan untuk bersembahyang, di atas dang mebghadap dewan lelaki. Menara masjid berada di bahagian atas binaan.

Di bawah tangga yang besar keluar dari basjid terdapat sebuah bilik untuk menjalankan urusan jenazah sebelum dibawa ke kuburan Islam tempatan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "La Mezquita Omar Ibn Al Khattab, 10 años ligada a la historia de Maicao". El Informador (dalam bahasa Sepanyol). 12 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 27 Oktober 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)

Pautan luarSunting