Masjid Padang Keria

Masjid Padang Keria atau dikenali sebagai Masjid Darus Salam terletak di jalan Padang Keria. Masjid ini telah dibina sekitar tahun 80an di atas tanah wakaf almarhum Tuan Syed Derus. Sebelum ini, penduduk kampung menjalankan aktiviti keagamaan di surau milik Lebai Hassan atau Hassan Gendut yang terletak di Padang Keria Tengah. Selain itu, Ada

juga yang belajar mengaji dan aktiviti agama di surau-surau persendirian atau di rumah tok guru. Setelah itu, barulah masjid sementara dibina (di Tanah Perkuburan Islam sekarang). Disebabkan masjid yang dibina terlalu kecil dan kesukaran menampung jumlah jemaah yang begitu minat mendalami ilmu agama, barulah kerajaan membina masjid yang besar (masjid sekarang). Masjid ini telah dibina ditapak baru. Namun begitu, selepas era 90an, kepesatan masyarakat islam beribadat di masjid yang hanya boleh memuatkan 200 orang jemaah, kerajaan telah mencari altenatif untuk membina masjid baru. masjid ini akan dibina bersebelahah masjid yang ada sekarang. Anak kariah telah bersepakat membeli tanah wakaf, dan tapak masjid telah dibin Kini masjid lama telah dibaikpulih untuk kegunaan anak kariah.

SENARAI IMAM MASJID DARUS SALAM

1. Tuan Haji Othman Kassim

2. Tuan Haji Hashim Haji Ahmad

3. Tuan Haji Kassim Haji Mat Akib

4. Tuan Haji Kamaruddin Haji Mat Akib

5. Tuan Haji Dahalan Haji Mohd Nor