Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Lendu

Masjid Saidina Umar Al-Khattab adalah sebuah masjid yang terletak di Kampung Lendu, Alor Gajah, Melaka. Masjid ini dibina bagi menampung jemaah yang ramai kerana peningkatan penduduk di Kampung ini. Oleh itu, Kerajaan Negeri Melaka dibawah kepimpinan Datuk Seri Ali Rustam telah membina masjid ini bagi menggantikan masjid lama yang terletak kira-kira 800 m dari Masjid Baharu. Masjid telah dirasmikan oleh T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob pada tahun 2012. Seterusnya, Masjid ini juga telah dipilih menjadi Masjid DUN Lendu sehingga kini.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.