Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.

Masjid Sri Sendayan
Pemandangan masjid
Maklumat am
Dibuka pada20 September 2019
Maklumat geografi
Negara Malaysia
LokasiBandar Sri Sendayan
Koordinat3°00′16″N 101°40′22″E / 3.0043142°N 101.6726755°E / 3.0043142; 101.6726755Koordinat: 3°00′16″N 101°40′22″E / 3.0043142°N 101.6726755°E / 3.0043142; 101.6726755
Maklumat pembinaan
Bil. menara2
Kapasiti jemaah5,000 orang
Laman sesawang
https://www.masjidsrisendayan.com

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Senibina sunting

Masjid Sri Sendayan terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah)[1]. Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.

Dalaman sunting

Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Luaran sunting

Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.

Masjid Wakaf sunting

Masjid ini diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.

Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh Abd Rashid selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.

Rujukan sunting