Masjid Sultan Hassan II

Masjid Sultan Hassan II (Arab: مسجد الحسن الثاني) ialah sebuah masjid yang terletak di Casablanca, Maghribi. Direka oleh arkitek Perancis, Michel Pinseau dan Bouygues,[1]masjid ini merupakan masjid yang kedua terbesar di dunia (selepas Masjid al-Haram di Makkah). Menara masjid ini adalah yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 200m.

Masjid Sultan Hassan II
Info asas
LokasiMaghribi Casablanca, Maghribi
Koordinat geografi33°36′26.43″N 7°37′57.22″W / 33.6073417°N 7.6325611°W / 33.6073417; -7.6325611
AgamaIslam
PerumahanCasablanca-Anfa
RantauGreater Casablanca
NegaraMaghribi
Status kegerejaan atau organisasiMasjid
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Disiapkan pada1993
Spesifikasi
Kapasiti25,000
Bil. kubah1
Bil. menara masjid1
Tinggi menara masjid200m


Seni bina sunting

Hampir setengah permukaan masjid ini terletak di lautan Atlantik. Hal ini diilhamkan dari ayat al-Qur'an yang menyatakan "Arasy Allah berada di atas air".

Rekaan ini diminta sendiri oleh Sultan Hassan II, yang menyatakan, "Saya mahu membina masjid ini di atas air, kerana Arasy Allah berada di atas air. Maka, orang yang beriman dapat bersolat dapat berzikir di atas tanah dan menjiwai langit Tuhan dan laut"

Masjid ini juga mempunyai seni bina moden: masjid ini dapat bertahan dari gempa bumi dan mempunyai lantai berhaba, pintu elektrik dan bumbung mudah alih.

Rujukan sunting

  1. ^ "Laman web Bouygues: Masjid Sultan Hassan II". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 2008-09-13.

Pautan luar sunting