Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh

Masjid Sultan Idris Shah II merupakan sebuah Masjid Negeri yang terletak dalam bandaraya Ipoh, Perak, Malaysia.[1]

Masjid Sultan Idris Shah II
مسجيد سلطان إدريس شاه كدوا
Sultan Idris Shah II Mosque.JPG
Masjid Negeri Perak
Maklumat pentadbiran
ImamS.F. Tuan Haji Abd Farid bin Haji Salleh (Imam Besar)
S.F. Ust Khairul Anuar bin Mohd Dahnan (Timb. Imam Besar)
A.F. Tn. Hj. Mohd Yusof b. Hj. Badray
A.F. Hj. Muhamad Ali b. Mohamad Noh
A.F. Ust Haikal bin Hj Ayob
A.F. Ust Abdullah Yusuf bin Saaharatol Mat Kamal
BilalA.F. Hj. Yusof bin Ahmad
A.F. Hj. Bumidin bin Mohd Tahir
A.F. Ust Mohd Zahrullail b. Sarkawi
PengerusiDato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan
Dimiliki olehJabatan Agama Islam Perak
No DaftarMY-08-IPH-00001
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahIpoh
LokasiMasjid Sultan Idris II,
Jalan Sultan Iskandar,
30000 Ipoh, Perak
Koordinat4°35′47.4″N 101°04′32.4″E / 4.596500°N 101.075667°E / 4.596500; 101.075667Koordinat: 4°35′47.4″N 101°04′32.4″E / 4.596500°N 101.075667°E / 4.596500; 101.075667
Maklumat pembinaan
Bil. tingkat2
KosRM1,840,000.00
Laman sesawang
Masjid Sultan Idris Shah II.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid ini terletak berhampiran Stesen Keretapi Ipoh, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Mahkamah Syariah serta Mahkamah Tinggi Ipoh dan stesen bas Ipoh.

SejarahSunting

Masjid Sultan Idris Shah II telah dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan ldris Iskandar Shah II (1963-1984), Sultan yang ke-54, sempena dengan perayaan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-54. Ianya terletak di atas sebidang tanah seluas kira-kira 2.6 hektar di tengah- tengah bandaraya Ipoh. Kerja-kerja pembinaan masjid tersebut telah dimulakan pada 16 Mei 1966, dan batu asas telah diletakkan pada 27 Oktober 1967 oleh (Allahyarham) Tun Haji Abdul Razak, pada ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Masjid ini telah siap dibina pada 26 Ogos 1968.

Pada mulanya, masjid ini dinamakan sebagai 'Masjid Negeri (Perak)' dan telah digelarkan 'Masjid Sultan Idris Shah II' sempena nama Sultan Idris Iskandar Shah II yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1984.

Idea pembinaan masjid ini berasal daripada (Allahyarham) Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Abdul Wahab pada tahun 1951. Beliau yang pada ketika itu adalah Menteri Besar telah sedar bahawa masjid-masjid yang sedia ada di lpoh tidak mencukupi untuk memuatkan semua jemaah yang menunaikan ibadah pada satu-satu masa seperti hari kebesaran Islam dan ibadah sembahyang Jumaat. Jumlah kos perbelanjaan pembinaannya ialah RM1,840,000.00

RujukanSunting