Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur

Masjid Tabung Haji atau nama rasminya Surau Tabung Haji ialah sebuah tempat peribadatan Islam yang terletak di sebelah bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid Kompleks Tabung Haji ini telah dibina pada 1 Januari 1980 dan dirasmikan pada 01 Oktober 1983 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

CaptureTH.jpg

Ia diurus dan ditadbir sepenuhnya oleh Unit Surau Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji yang mana unit ini berserta sebuah lagi unit iaitu Unit Surau Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya bernaung di bawah pengurusan Bahagian Hal Ehwal Islam Lembaga Tabung Haji di Jabatan Sumber Manusia dan bahagian ini diketuai oleh Pengurus Hal Ehwal Islam Lembaga Tabung Haji.

Pada mulanya, ia digunakan untuk kakitangan Tabung Haji (TH) mengerjakan solat harian. Namun pada setiap hari Jumaat, ia diubah suai untuk kegunaan solat Jumaat kerana tiada masjid yang berdekatan dengan Jalan Tun Razak. Dewan serbaguna TH dan kawasan ruang legar bawah tanah berserta lobi bangunan ibu pejabat Tabung Haji Akan dibentang dengan karpet dan sejadah untuk kegunaan para jemaah.

Unit Surau Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji turut menganjurkan kuliah Zohor pada setiap hari bekerja kecuali hari Sabtu dan Ahad. Selain itu, unit ini juga aktif mengadakan kelas berzanji, talaqi, taranum, Bahasa Arab dan banyak lagi secara percuma dan dibuka kepada semua orang awam yang berminat secara terhad.

Dari segi kariah pula, Masjid Tabung Haji yang dipantau oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan diletakkan di bawah Masjid Asy-Syakirin, KLCC dari segi pengurusan kutipan zakat dan urusan-urusan yang berkaitan.

RujukanSunting


Pautan luarSunting