Masjid Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Padang Tengku

Masjid Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Padang Tengku atau dahulunya dikenali sebagai masjid Padang Tengku atau juga dikenali sebagai Masjid Al-Muhtadin / Masjid Baru Padang Tengku, merupakan sebuah masjid yang terletak di Mukim Gua, 27100 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.[1]

Masjid Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah Padang Tengku, Kuala Lipis.
[ Sila klik untuk melihat gambar masjid di Peta Google]
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamAbdul Razak Bin Hussin 2017 (Imam Besar)
Ustaz Mohd Rasul Bin Mohd Nor (2013 - Kini) (Timb. Imam Besar)
Ustaz Izzuddin Bin Remlan (2016 - Kini)
PengerusiTn Hj Ismail Bin Ali
Dimiliki olehNo Daftar: MY-06-LPS-00341
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPahang
LokasiMasjid Padang Tengku,
Mukim Gua,
27100 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Padang Tengku

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid Padang Tengku,
Mukim Gua,
27100 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur

Sejarah sunting

Ditubuhkan pada tahun 2001. Ilham untuk menubuhkan "Masjid Baru Padang Tengku" tercetus apabila untuk mengantikan Masjid Lama Padang Tengku kerana jumlah kepadatan penduduk di kawasan Padang Tengku dan Kampung Gua telah melebihi ruangan solat di masjid tersebut. Ianya ditubuhkan untuk memperbesarkan dan memperluaskan ruangan solat dan ibadah bagi penduduk dan warga islam di kawasan Padang Tengku. Daripada persetujuan yang dicapai, tapak tanah yang terletak di hadapan Kampung Beralas, belakang Klinik Kesihatan Padang Tengku danbersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku telah dipilih untuk didirikan Masjid tersebut. Dengan itu, terdirilah Masjid Baru Padang Tengku. Masjid ini diketuai dan ditadbir oleh Imam; Al-Marhum Ustaz Abd. Wahab (2001 - 2010) pada ketika itu. Pada tahun 2015, berikutan itu, seorang (R) telah menyuarakan masjid tersebut ketiadaan Van Jenazah dan pada ketika itu masjid tiada ahli jawatankuasa untuk membentangkan dan memohon Van Jenazah tersebut. Pada masa itulah ianya mengumpulkan orang-orang yang berpengaruh di kawasan Padang Tengku untuk mesyuarat dan perlantikan ahli jawatankuasa telah dibuat ketika itu. Segala fasiliti, prasarana dan kemudahan masjid dibaik pulih dan dijaga rapi. Perubahan amat ketara dapat dilihat daripada segi penambahan prasarana meliputi bangunan dan bahan bacaan, peralatan turut bertambah mengikut pertambahan bilangan makmum dari semasa ke semasa untuk memeriahkan masjid ini. Perlantikan ahli jawatankuasa telah dibuat. Mereka yang terlibat ialah:

  • Pengerusi : Tn Hj Ismail Bin Ali
  • Naib Pengerusi : Ustaz Husni@Zamrud Bin Hussain
  • Setiausaha : En. Rosli Bin Yahya
  • Naib Setiausaha : -
  • Bendahari : Tn Hj Muhammad Bin Kadir
  • AJK : Penghulu, Ketua-Ketua Kampung Daerah Lipis dan lain-lain.

Kini pada tahun 2018, nama masjid ditukarkan dari Masjid Baru Padang Tengku kepada Masjid Al-Muhtadin Padang Tengku. Nama tersebut diilhamkan oleh ahli jawatankuasa masjid yang bermaksud "Orang Yang Menerima Hidayah Allah". Perasmian Masjid Padang Tengku ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah A-Musta'in Billah pada 27 Februari 2018 dan sekali gus menamakan secara rasmi Masjid Padang Tengku sebagai Masjid Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Padang Tengku, Kuala Lipis.

Senarai Imam Masjid Padang Tengku sunting

Mereka terdiri:

  1. Al-Marhum Ustaz Abd. Wahab (2001 - 2010)
  2. Tuan Haji Abd. Razak Bin Hussin (2005 - Kini)
  3. Ustaz Mohd Rasul Bin Mohd Nor (2013 - Kini)
  4. Ustaz Izzuddin Bin Remlan (2016 - Kini)

Pentadbiran sunting

Masjid Padang Tengku memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-06-LPS-00341.

Rujukan sunting

  1. ^ "Masjid Padang Tengku". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-27. Dicapai pada 2018-02-26.

Pautan luar sunting