Masjid Unisza merupakan sebuah masjid di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang terletak di Gong Badak, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.[2]

Masjid Unisza
مسجد اونيسز
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
Imam2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-11-KTR-00385
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
Daerah Kuala Nerus
LokasiMasjid Unisza,
Gong Badak,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaPotong Bawang[1]
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Unisza

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid Unisza,
Gong Badak,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Sejarah sunting

Masjid UniSZA dahulunya dikenali sebagai masjid Kusza. Masjid Kusza telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu pada 2 Rabiulawal 1414 Hijri bersamaan 20 Ogos 1993 Masihi. Ia merupakan antara masjid berbentuk tradisi dan kontemporari. Bumbung limas yang bertingkat dan berkubah menjadi identiti masjid ini.

Sejak 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengadakan program memasak bubur lambuk di Masjid UniSZA secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada orang ramai.[3]

Pada tahun 2018, menerusi Program Sarong Mayang, seramai 23 sukarelawan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pernah bekerjasama membersihkan telekung wakaf yang disediakan di Masjid UniSZA.[4]

Pada tahun 2019, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Prof Dr Ahmed al-Raissouni pernah dilantik sebagai Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Kontemporari Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).[5]

Pada tahun 2023, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pernah menyediakan 1,000 pek juadah berbuka puasa secara percuma kepada pelajarnya yang berbuka di Masjid UniSZA dan mereka yang berada di Kampus Perubatan dan Kampus Besut pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan.[6]

Pada bulan Ogos 2023, program Festival Quran dan Malaysia QuranHour Terengganu pernah diadakan di Masjid UniSZA dan hampir 200 peserta menyertai program tersebut. Masjid UniSZA menjadi lokasi perdana bagi program itu yang diadakan serentak pada 30 Ogos.[7]

Pada tahun 2024, Masjid UniSZA merupakan antara masjid yang dipilih terlibat dengan program menderma darah anjuran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sepanjang bulan Ramadan.[8]

Pentadbiran sunting

Masjid Unisza memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00385.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting