Masjid Ubudiah, Segambut

Masjid Ubudiah, Segambut terletak di Segambut Dalam, Kuala Lumpur, Malaysia.

Isu jualan tanah sunting

AJK Masjid Ubudiah telah membeli sebahagian (0.2 hektar) tanah lot 1588 daripada pemilik tanah (penama), Siti Asu Tarikat dan Ojah Ariffin. Wakil keluarga Siti Asu Tarikat dan Ojah Ariffin, Abdul Rahman Syarifuddin menjelaskan bahawa mereka memang menjual tanah milik mereka kepada pemaju. Tanah 0.2 hektar dijual kepada Masjid Al-Ubudiah sekitar tahun 1979 dan AJK masjid membina 22 buah rumah sewa di atasnya.Penghuni 22 buah rumah sewa di atas tanah terbabit terkejut mendapat notis supaya mengosongkan rumah sewa mereka berkuat kuasa 15 Mei 2009.

Tanah tersebut dijual kepada pemaju pada harga RM3.4 juta dan harga tersebut tidak termasuk tanah masjid.Bayaran tanah belum dijelaskan sepenuhnya . Oleh itu kes ini telah melaporkan kepada Lembaga Tatatertib Peguam.Bayaran untuk kelulusan daripada Majlis Agama Islam dan Jemaah Masjid mencecah sehingga RM67,000.[1]

Pada 20 mei 2009, seramai 50 penduduk Kampung Segambut Dalam menubuhkan Majlis Tindakan Jawatankuasa Tanah Wakaf bagi menghalang penjualan sekeping tanah seluas 0.2 hektar (RM400,000) yang didakwa mereka sebagai tanah wakaf.Bekas Pengerusi Masjid Al-Ubudiah, Allahyarham Datuk Shahir Abdullah yang juga bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut tidak bersetuju tanah tersebut dijual atas alasan ia adalah tanah wakaf.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah, Datuk Othman Marwan mendakwa tanah itu adalah harta masjid dan tidak perlu mendapat persetujuan anggota kariah untuk dijual. Penjualan tanah itu telah mendapat persetujuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).[2]Tanah tersebut dibeli hasil kutipan derma daripada penduduk di sekitar kawasan tersebut tetapi ia bukan tanah wakaf. Ia adalah aset masjid.Tanah itu dijual pada harga kira-kira RM3 juta dan sebanyak RM400,000 dimasukkan ke dalam tabung masjid.[3]

Tanah wakaf terbahagi kepada 5 jenis iaitu :

  • Tanah yang dibeli dari sumber am pihak ber kuasa agama
  • Tanah yang dihadiahkan kepada pihak berkuasa agama
  • Tanah yang diperoleh dari pusaka yang tidak diwarisi
  • Tanah yang diamanahkan menerusi undang-undang seperti tanah wakaf
  • Tanah yang diwasiatkan.

Memorandum bantahan dihantar kepada MAIWP dan Kementerian Wilayah Persekutuan.[4]

Rujukan sunting

[[Kategori:Masjid di Kuala Lumpur}Ubudiah]]