Masjid Wakaf Bharu

Masjid Mukim Wakaf Bharu
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat pentadbiran
ImamWan Ahmad Nazree B. Abd. Halim 2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-03-TPT-00220
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
DaerahTumpat
LokasiMasjid Mukim Wakaf Bharu, Daerah Wakaf Bharu, 16250 Tumpat, Kelantan.
Maklumat pembinaan
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Mukim Wakaf Bharu

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Latar Belakang sunting

Pada asalnya masjid ini diasaskan oleh Tok imam Awang pada tahun 1956. Manakala tanah bagi tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Umar Awang Kechik. Di samping itu, dana bagi masjid ini ialah hasil daripada penduduk kampung dan sumbangan ikhlas orang ramai. Masjid ini telah dibina pada tahun 1956 dan telah siapkan secara berperingkat-peringkat.

Binaan sunting

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang besar yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah. Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar. Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran. Pada masa yang sama, masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.

Kemudahan sunting

Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu, terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan untuk sebagai tempat penginapan imam dan bilal. Disamping itu, terdapat dewan terbuka yang dijadikan tempat mengadakan aktiviti kemasyaratan dan tempat berbuka puasa semasa bulan ramadhan. Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk ajk masjid sahaja. Di samping itu terdapat tempat parking yang melebihi 20 kenderaan pada satu masa Terdapat juga pengawal keselamatan di masjid ini. Selain itu, terdapat juga dua dewan utama yang digunakan untuk solat. Van jenazah juga turut disediakan di masjid ini bagi kemudahan orang ramai. Kemudahan lain yang terdapat di masjid ini ialah kerani yang membantu menguruskan urusan pentadbiran masjid ini.

Keistimewaan sunting

Keistimewaan masjid ini ialah masjid ini telah mendapat lawatan daripada para pensyarah dan pelajar daripada university Malaya pada 12.1.2012. Selain itu, masjid ini merupakan masjid kedua yang terbesar di jajahan tumpat. Masjid ini juga merupakan masjid kelima terbaik bagi masjid mukim di Kelantan.

Maklumat Lanjut sunting

No Daftar: MY-03-TPT-00220
Nama Masjid: MASJID MUKIM WAKAF BHARU
Alamat: DAERAH WAKAF BHARU, 16250 Tumpat, KELANTAN.


Rujukan sunting

IslamGRID[pautan mati kekal]