Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Ipoh
Masjid Warisan Al-Khairiah merupakan sebuah masjid yang terletak didalam Kampung Kepayang, Fair Park, bandaraya Ipoh, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Perak. Masjid ini terletak sejauh 1.3 km dari Stadium Perak. Sekarang kawasan tanah disekeliling Masjid Lama Al-Khairiah telah digunakan sebagai tapak perkuburan bagi penduduk-penduduk asal disitu.

Sejarah
suntingMengikut sejarah, Dato Panglima Kinta Che Wan dan juga seorang hartawan perlombongan misteri dari Tambun yang berselindung disebalik nama samaran Kulup Lembang adalah mereka yang telah dinamakan oleh Residen British sebagai 'maintainers' atau penyelenggara kepada sebidang tanah (Pelan No. 19242, Kuala Tekan) yang dikhaskan untuk pembinaan sebuah masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Warisan Al-Khairiah. Penamaan tersebut telah digazetkan pada tahun 1914.[1]
Dahulunya dikenali sebagai Kampung Kuala Tekan
suntingSebidang tanah yang disebut diatas terletak disebuah lokaliti yang dahulunya dikenali sebagai Kuala Tekan atau Kampung Kuala Tekan.[1]
Selepas tamatnya Perang Perak yang telah membawa kepada kehancuran Pengkalan Pegoh setelah diserang dan dibakar oleh tentera British and askar-askar upahan mereka yang berbilang bangsa bagai Madani perinya, bekas Panglima Kinta Zainal Abidin terpaksa berhijrah ke Kuala Tekan. Beliau meninggalkan kampung halamannya yang terletak disekitar Pengkalan Pegoh dengan berat hati namun beliau cuba melupakan igauan ngeri peperangan itu dengan mewujudkan beberapa kawasan sawah padi dan juga dusun buah-buahan di Kuala Tekan.[1]
Menurut orang-orang tua Kuala Tekan, penghijrahan disebut diatas turut diikuti oleh adik-beradik, isteri-isteri, sanak saudara dan gundik-gundik bekas Panglima Kinta Zainal Abidin. Kononnya, penghijrahan itu turut diikuti secara rahsia oleh beberapa orang-orang besar atau teraju-teraju utama kumpulan kongsi gelap Melayu yang dikenali sebagai Bendera Merah dimana bekas Panglima Kinta Zainal Abidin adalah juga salah seorang orang besar atau teraju utamanya.[2]
Berhampiran Kampung Tg. Rangkong
suntingSebidang tanah yang disebut diatas juga terletak lebih kurang 4 km dari arah Barat Daya sebuah kampung yang dahulunya dikenali dengan nama Kampung Tg. Rangkong. Di Kampung Tg. Rangkong, pada zaman dahulu, terdapat sebuah rumah yang didiami oleh salah seorang isteri kepada bekas Panglima Kinta Zainal Abidin.[1]
Ngah Manah, kakanda Kulup Lembang
suntingPengambilan tanah untuk pembinaan masjid itu juga melibatkan hartanah yang dimiliki oleh Ngah Manah yang kononnya merupakan kakanda kepada hartawan perlombongan misteri yang berselindung disebalik nama samaran Kulup Lembang.[1]
Waris-waris Ngah Manah
suntingDiantara waris-waris Ngah Manah yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada daerah, negeri dan negara adalah Allahyarham Dato Haji Azumu Tak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu, Dato Azuan Effendy Zairakithnaini, Allahyarham Prof. Madya Haji Akmal Hisham Tak dan Assoc. Prof. Dr. Mohd Izham Mohd Zain.[1]