Masjid Wilayah Persekutuan merupakan salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).[1]

Masjid Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur Malaysia Federal-Territory-Mosque-03.jpg
Maklumat am
Dibuka pada25 Oktober 2000
Tempoh pembinaan1997 - 2000
Maklumat geografi
LokasiJalan Sultan Haji Ahmad Shah off Jalan Duta, Kuala Lumpur
Maklumat pembinaan
Bil. kubah22
Bil. tingkat4
Kapasiti jemaah17,000
Keluasan47,000 m²
ArkitekJabatan Kerja Raya Malaysia
KontraktorJohawaki-Ahmad Zaki Joint Venture
KosRM255 juta

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

SejarahSunting

Masjid ini dibina di antara tahun 1997 dan 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta.[2] Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid ke-44 dalam bandar itu yang dibina oleh kerajaan. Masjid ini boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.[1]

Seni binaSunting

Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.[2]

Masjid ini turut memuatkan Sekolah Kebangsaan Agama Ibnu Khaldun.

Pautan luarSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b Masjid Wilayah Persekutuan, Jabatan Kerja Raya Malaysia.
  2. ^ a b Masjid Wilayah, Ashtech Holdings Sdn Bhd.