Masjid al-Azhar

masjid di Kaherah Islam, Mesir

Masjid al-Azhar (Bahasa Arab: الجامع الأزهر, translit. al-Jāmiʿ al-ʾAzhar, lit. 'Masjid Jamik yang Gemilang'), dikenali di Mesir sebagai al-Azhar, ialah masjid Mesir di Kaherah Islam. Al-Mu'izz li-Din Allah dari dinasti Fatimiyah mengerjakan pembinaannya untuk ibu kota yang baru ditubuhkan pada tahun 970. Namanya biasanya dianggap terbit daripada az-Zahrāʾ (bermaksud "yang bersinar"), gelaran yang diberi kepada Fatimah. Masjid ini merupakan yang pertama didirikan di Kaherah, kota yang sejak itu mendapat nama timangan "Kota Seribu Menara masjid".[b]

Masjid al-Azhar
الجامع الأزهر
Pemandangan luar Masjid al-Azhar Mosque. Empat menara dan tiga kubah kelihatan
Pemandangan luar Masjid al-Azhar.
Info asas
LokasiKaherah, Mesir
Koordinat geografi30°02′45″N 31°15′46″E / 30.045709°N 31.262683°E / 30.045709; 31.262683
AgamaIslam
Cabang/MazhabAhli Sunah Waljamaah[a]
NegaraMesir
PemimpinAhmad al-Tayyeb
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaFatimiyah
Spesifikasi
Kapasiti20,000
Bil. menara masjid5
Luas kawasan15,600 m2 (168,000 ka2)[1]

Lihat jugaSunting

NotaSunting

  1. ^ Antara tahun 972 dan 1171 M, al-Azhar mengikuti cabang Ismaili Syiah
  2. ^ Masjid Amr ibn al-As ialah masjid tertua di Kaherah bandar moden (serta masjid tertua di Afrika), dibina pada tahun 642M. Walau bagaimanapun, Masjid Amr ibn al-As, serta beberapa yang lain di Kaherah masa kini yang lebih tua daripada al-Azhar, telah dibina di kota Fustat yang kota moden Kaherah kemudian digabungkan.

Nota kakiSunting

  1. ^ Creswell 1952, m/s. 43.

SumberSunting

Templat:Al-Azhar Templat:Mosques in Egypt Templat:Islamic Cairo