Massimo Luongo

Pemain bola sepak Australia

Massimo Corey Luongo (lahir 25 September 1992) merupakan seorang pemain bola sepak Australia yang bermain untuk Swindon Town.

Massimo Luongo
Maklumat peribadi
Nama penuh Massimo Corey Luongo[1]
Tarikh lahir (1992-09-25) 25 September 1992 (umur 31)
Tempat lahir Sydney, New South Wales, Australia
Ketinggian 1.76 m (5 ka ​9 516 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Swindon Town
Nombor 4
Kerjaya remaja
2004–2010 APIA Leichhardt Tigers
2011 Tottenham Hotspur
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Tottenham Hotspur 0 (0)
2012Ipswich Town (pinjam) 9 (0)
2013Swindon Town (pinjam) 7 (1)
2013Swindon Town (pinjam) 5 (2)
2013– Swindon Town 67 (8)
Pasukan kebangsaan
2011 Australia B20 2 (0)
2014– Australia 10 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Disember 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 01:00, 27 Januari 2015 (UTC)

Karier kelab sunting

Tottenham Hotspur sunting

Luongo dilahirkan di Sydney. Luongo menyertai Tottenham Hotspur pada bulan Januari 2011 selepas menjalani ujian percubaan. Dia kemudiannya membuat sembilan penampilan untuk pasukan bawah-18 ketika musim 2010-11 Liga Perdana Inggeris Akademi, menjaringkan tiga gol. Dia membuat satu-satunya penampilan untuk pasukan utama pada 20 September 2011 ketika kekalahan 7–6 menerusi sepakan penalti kepada Stoke City dalam Piala Liga, menggantikan Sandro selepas 70 minit.[3] Luongo gagal menyempurnakan penalti ke-8 Tottenham menyebabkan kekalahan mereka.

Pada 23 Julai 2012, Luongo menyertai kelab Championship, Ipswich Town secara pinjaman sebulan untuk musim 2012–13.[4] Perpinjaman itu dibatalkan pada 9 November selepas pengurus baru Ipswich, Mick McCarthy berkata dia mahukan seorang 'pemain dengan jenis yang berbeza'.[5]

Swindon Town sunting

Pada 28 Mac 2013, Luongo menyertai Swindon Town secara pinjaman bersama-sama pelatih Spurs, Nathan Byrne dan Dean Parrett.[6] Keesokan harinya, dia terus berada dalam skuad untuk berhadapan dengan Oldham dan bermain 90 minit penuh ketika seri 1–1.[7]

Luongo menjaringkan gol pertamanya untuk Swindon ketika kemenangan 4–1 ke atas Crewe. Dia sekali lagi menjaringkan gol ketika seri 1–1 dalam perlawanan play-off separuh akhir Liga Satu menentang Brentford.

Luongo menyertai Swindon Town secara pinjaman semusim pada 2 Julai 2013 dan diberi jersi bernombor 4.[8] Walau bagaimanapun, pada 31 Ogos 2013, Swindon menandatangani Luongo secara tetap atas kontrak selama tiga tahun selepas bersetuju dengan yuran sebanyak £400,000 kepada Spurs.[9]

Karier antarabangsa sunting

Luongo layak mewakili sama ada untuk pasukan kebangsaan Australia melalui tempat kelahirannya, pasukan kebangsaan Itali melalui ayahnya atau Pasukan kebangsaan Indonesia melalui ibunya.

Dia telah mewakili pasukan Australia bawah-20 tetapi tidak dipilih untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2011. Luongo telah dipanggil ke kem latihan di Eropah dengan pasukan kebangsaan senior.[10]

Massimo Luongo membuat penampilan sulungnya untuk Socceroos sebagai pemain gantian ketika kekalahan 3–4 kepada Ecuador di The New Den.[11]

Luongo telah dipilih ke dalam skuad 23 pemain Australia untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil oleh pengurus, Ange Postecoglou.[12]

Luongo juga dipilih ke dalam skuad 23 pemain untuk Piala Asia yang akan dimainkan di tempat sendiri di Australia.[13] Rakan sepasukan Swindon Town, Yaser Kasim juga dipanggil oleh negaranya, Iraq, bermakna Swindon akan beraksi tanpa dua pemain tengah mereka selama sebulan. Dia kemudiannya menjaringkan gol untuk Australia ketika kemenangan 4–1 ke atas Kuwait dalam perlawanan pembukaan kejohanan dan membuat bantuan gol kepada Tim Cahill untuk gol pertama Australia. Dia kemudiannya dinamakan pemain terbaik perlawanan.

Luongo juga bermain dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Australia menentang Oman dimana dia membuat bantuan gol kepada Robbie Kruse untuk gol kedua Australia dan mereka menang 4–0.

Statistik karier sunting

[14]

Club sunting

Sehingga 28 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Tottenham Hotspur 2011–12 Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0
Ipswich Town 2012–13 Championship 9 0 0 0 2 1 0 0 11 1
Swindon Town 2012–13 League One 7 1 0 0 0 0 2 0 9 1
2013–14 44 6 1 0 3 0 5 0 53 6
2014–15 21 3 1 0 2 0 0 0 24 3
Jumlah Swindon 72 10 2 0 5 0 7 0 86 10
Jumlah keseluruhan 81 10 2 0 8 1 7 0 98 11

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 9 Januari 2015 Stadium Melbourne Rectangular, Melbourne, Australia   Kuwait 2–1 4–1 Piala Asia AFC 2015

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 3. Dicapai pada 11 June 2014.
  2. ^ "Massimo Luongo". socceroos.com.au. Football Federation Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-18. Dicapai pada 17 June 2014.
  3. ^ "Stoke 0–0 Tottenham (7–6 pens)". BBC. 20 September 2011. Dicapai pada 8 May 2012.
  4. ^ "Spurs Midfielder Massimo Luongo Signs For Town". EADT. 23 July 2012. Dicapai pada 23 July 2012.
  5. ^ "Ipswich Town end Massimo Luongo loan from Tottenham Hotspur". Sports Mole Limited. 10 November 2012. Dicapai pada 30 November 2012.
  6. ^ "MASSIMO, DEAN, NATHAN JOIN SWINDON ON LOAN". tottenhamhotspur.com. Tottenham Hotspur. 28 March 2013. Dicapai pada 29 March 2013.
  7. ^ "Swindon 1 – 1 Oldham". bbc.co.uk. BBC Sport. 29 March 2013. Dicapai pada 29 March 2013.
  8. ^ "Tottenham's Massimo Luongo and Grant Hall join Swindon". BBC Sport. 2 July 2013. Dicapai pada 29 July 2013.
  9. ^ "Luongo signs permanent deal". swindontownfc.co.uk. Swindon Town FC. 31 September 2013. Dicapai pada 31 September 2013. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  10. ^ "Holger Osieck names Qantas Socceroos Squad for Germany Match". the real game. 15 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-31. Dicapai pada 30 November 2012.
  11. ^ Tim Cahill goes top as Socceroos implode
  12. ^ "Australia unveil final 23-man squad". rte Sport. 3 June 2014. Dicapai pada 3 June 2014.
  13. ^ http://www.abc.net.au/news/2014-12-23/socceroos-unveil-23-man-asian-cup-squad/5984902
  14. ^ "M. Luongo". soccerway. Dicapai pada 17 June 2014.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Swindon Town F.C.