MasterCard (tulisan Jawi : مسترکارد; NYSE: MA) ialah sebuah perkhidmatan kad kredit antarabangsa sejak 1966 (sebagai "Master Charge The Interbank Card"). MasterCard pertama kali dilancarkan di Purchase, New York, Amerika Syarikat pada tarikh 16 Disember 1966 sebagai Master Charge The Interbank Card, dan dilancarkan secara rasmi pada tarikh 16 Disember 1979 sebagai MasterCard. Ibu pejabatnya berada di Purchase, New York, Amerika Syarikat dan O'Fallon, Missouri, Amerika Syarikat sebagai MasterCard International Global Headquarters (Ibu Pejabat Antarbangsa MasterCard). MasterCard dikeluarkan oleh lebih 25,000 syarikat perbankan di mana-mana negara di seluruh dunia.

MasterCard
مسترکارد
Jenis/bentuk sahSyarikat awam
Didagangkan sebagaiNYSE: MA
S&P 500
ISINUS57636Q1040 Sunting ini di Wikidata
IndustriKewangan
Ditubuhkan (1966-12-16) 16 Disember 1966 (umur 57) (sebagai Master Charge The Interbank Card)
(1979-12-16) 16 Disember 1979 (umur 44) (sebagai MasterCard)
Ibu pejabatMasterCard International Global Headquarters
Purchase, New York,  Amerika Syarikat
Tokoh pentingRichard N. Haythornthwaite
(Ketua)
Ajaypal Singh Banga (Pengarah Utama & CEO)
KeluaranKad pembayaran (kad kredit, kad debit, kad prabayar), Sistem pembayaran
Hasil US$ 7.391 billion (2012)[1]
Pendapatan kendalian US$ 3.937 billion (2012)[1]
Pendapatan bersih US$ 2.759 billion (2012)[1]
Modal354,350,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset US$ 12.462 billion (2012)[1]
Jumlah ekuiti US$ 6.917 billion (2012)[1]
Bilangan kakitangan6,700 (2011)[1]
Syarikat indukSyarikat perbankan di California
Interbank Card Association
Anak syarikatMastercard (Belgium), Mastercard (United Kingdom), Ekata, Inc. Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.mastercard.com
Twitter: Mastercard Youtube: UCDy8zqsb1-0qFZqG689fZ3Q Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Maksud pelancaran MasterCard (ketika itu sebagai "Master Charge The Interbank Card") di California ialah untuk berlumba dengan BankAmericard yang dikeluarkan oleh Bank of America, yang seterusnya mengeluarkan kad kredit VISA yang dikeluarkan pada tarikh 1 Julai 1970. Pada mula pelancarannya, antara tahun 1966 sehingga 1979, MasterCard ketika itu lebih dikenali sebagai "Master Charge" ataupun "Interbank" (supaya jenama "Master Charge The Interbank Card" lebih dikenali).

Latar belakang sunting

Logo Master Charge The Interbank Card pada 16 Disember 1966 sehingga 15 Disember 1979
Logo pertama MasterCard pada 16 Disember 1979 sehingga 15 Disember 1989
Logo kedua MasterCard pada 16 Disember 1989 sehingga 15 Disember 1994
Logo rasmi MasterCard yang dilancarkan pada tarikh 16 Disember 1994 sehingga kini
Logo syarikat induk MasterCard dilancarkan pada tarikh 16 Disember 2006, walaupun logo rasmi ini tidak nampak pada setiap-tiap kad kredit MasterCard.

Pelancaran sunting

Beberapa syarikat perbankan yang melancarkan MasterCard ialah : Wells Fargo Bank, United California Bank (kini First Interstate Bank ketika diambilalih oleh Wells Fargo Bank), Wells Fargo Bank, Crocker National Bank (juga diambilalih oleh Wells Fargo Bank), dan Bank Of California (kini Union Bank Of California). Pada tarikh 1 Disember 1966, beberapa syarikat perbankan dijemput oleh Interbank Card Association (ICA) untuk menganjurkan mesyuarat untuk membuat kad kredit baharu untuk berlumba dengan BankAmericard yang pertama popular di dunia. Oleh kerana itu, keputusan mesyuarat itu dikekalkan, iaitu : "melancarkan kad kredit baharu".

Selepas lebih dua ahad bermesyuarat, akhirnya nama untuk kad kredit baharu diberikan, iaitu : "Master Charge The Interbank Card". Maka, dengan nama baharu itu, pada tarikh 16 Disember 1966, "Master Charge The Interbank Card" dilancarkan. Keputusan mesyuarat antara syarikat perbankan California dengan ICA, Marine Midland Bank (kini Hongkong Bank USA). Pertumbuhan "Master Charge The Interbank Card" pertama berlaku pada 1969 apabila First National City Bank (kini Citibank) pula melancarkan The Everything Card. Pada mula pelancarannya, antara tahun 1966 sehingga 1979, MasterCard ketika itu lebih dikenali sebagai "Master Charge" ataupun "Interbank" (supaya jenama "Master Charge The Interbank Card" lebih dikenali).

Pada tahun 1968, Master Charge The Interbank Card dan Eurocard menandatangani kerjasama untuk mengenali jenama Master Charge The Interbank Card di wilayah Eropah. Pada tahun 1972, Master Charge The Interbank Card menandatangani kerjasama dengan Access daripada Inggeris untuk lebih mengenali jenama Master Charge The Interbank Card.

Penjenamaan semula menjadi "MasterCard" sunting

Pada tarikh 16 Disember 1979, jenama Master Charge The Interbank Card dijenamakan semula menjadi "MasterCard" supaya lebih dikenali. Pada dekad 1990-an, MasterCard mengambilalih kad kredit Access daripada Inggeris. Selepas itu, pada 2000, Eurocard pula diambilalih oleh MasterCard. Sejak ketika itu, penguasaan MasterCard semakin besar untuk menjadi syarikat kad kredit gergasi di dunia.

Kemudian, pada tarikh 16 Disember 2006, bersempena dengan sambutan majlis 40 tahun MasterCard, syarikat induk MasterCard melancarkan logo baharu iaitu mempunyai rekabentuk rajah venn, sekalipun tak nampak pada kad kredit yang diterbitkan oleh MasterCard. Bersempena dengan pelancaran logo baru syarikat induk MasterCard, MasterCard mengekalkan cogankata yang sehingga ketika ini merupakan identiti MasterCard, iaitu "The Heart Of Commerce".

Tajaan sunting

Semenjak 1982, MasterCard menaja perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA sehingga 2006. MasterCard merupakan kad kredit rasmi Universal Studios Singapura dan Resorts World Sentosa. MasterCard pula menaja 1Malaysia Mega Sale untuk meraikan sambutan hari kebangsaan. Dalam lumba kereta, MasterCard menaja pasukan Benson & Hedges Jordan Grand Prix.

Jenama dan rekabentuk sunting

Rekabentuk dua bulatan sunting

Logo MasterCard mempunyai rekabentuk dua bulatan, diikuti pula oleh anak syarikatnya, Maestro dan Cirrus.

Pelekat hologram sunting

Pelekat hologram MasterCard mempunyai rekabentuk dua bulatan bumi, iaitu Benua Amerika di bahagian kiri dan Benua Afrika, Eropah, Asia, dan Australia di bahagian belakang.

Senarai Produk MasterCard sunting

Kad kredit sunting

MasterCard ialah salah sebuah syarikat kad kredit gergasi di dunia, yang telah menerbitkan kad kredit sejak 1966. Kad kredit ini untuk kali pertama dilancarkan dengan jenama "Master Charge The Interbank Card" yang merupakan keputusan mesyuarat antara syarikat perbankan di California, tempat warisan kad kredit dilancarkan.

Kad debit sunting

MasterCard pula menerbitkan tiga jenis kad debit iaitu Debit MasterCard, MasterCard Electronic, Maestro (kad debit). Kad debit ini ialah kad debit yang diterima di rangkaian ATM yang mempunyai logo MasterCard/Maestro/Cirrus dan kedai-kedai yang mempunyai logo MasterCard/Maestro di seluruh dunia.

Kad prabayar (PayPass) sunting

MasterCard melancarkan kad prabayar iaitu "PayPass" untuk berlumba dengan Visa PayWave daripada VISA. Fungsinya sama semacam kad prabayar MEPS Cash dan Touch 'n Go (di mana hanya dengan sentuhan kad pada mesin, anda boleh membayar untuk produk atau perkhidmatan) tetapi diterima di seluruh dunia.

Senarai bank pengeluar MasterCard di Malaysia sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "MasterCard Incorporated Reports Fourth-Quarter and Full-Year 2012 Financial Results". NASDAQ.

Pautan luar sunting

Laman rasmi MasterCard