MasterChef Australia (siri 2)

(Dilencongkan daripada MasterChef Australia (musim 2))

Musim ke-2 bagi rancangan pertandingan memasak Australia iaitu MasterChef Australia mula ditayangkan pada 19 April 2010 di Network Ten, dan tamat pada 25 July 2010 apabila Adam Liaw dinamakan sebagai pemenang.[1]

MasterChef Australia
PengarahJo Siddiqui
PengacaraGary Mehigan,
George Calombaris
JuriGary Mehigan
George Calombaris
Matt Preston
Donna Hay (juri jemputan)
Pencerita suara latar
Nick McKay
Penggubah lagu tema
Katy Perry
Lagu pembukaanHot n Cold
Negara asalAustralia
Bilangan episod84
Penerbitan
PenerbitMargie Bashfield, Judy Smart, Caroline Spencer, Amanda Bainbridge, Tim Thatcher, Alenka Henry, Kam Vurlow, Lisa Storer, Jaala Webster, Lucy Johnstone, Trish Cuneen
Tempoh siaran30–90 minit per episod
Penyiaran
Saluran asalNetwork Ten
Format gambar576i (SDTV)
Siaran asal19 April 2010 – 25 Julai 2010
Kronologi
MengikutiCelebrity MasterChef Australia
Diikuti olehJunior MasterChef Australia
Pautan luar
Laman sesawang

Episod penutup musim ini dijangkakan punyai jumlah kadar kepopularan yang tinggi hingga memaksa debat pilihanraya negara antara Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dengan Ketua Pembangkang, Tony Abbott, ditunda ke ruangan waktu yang lain kerana khuatir akan kekurangan penonton. Cabarang akhir telah ditonton oleh 4.63 juta penonton purata kebangsaan Australia, sementara pengumuman pemenang telah ditonton oleh 5.74 juta orang.[2]

Perubahan

sunting

Musim kedua MasterChef Australia membawa beberapa perubahan format. Paling ketara ialah Sarah Wilson, pengacara pada Musim Pertama, tidak hadir untuk musim yang kedua, malah penerbit menggunakan Gary Mehigan dan George Calombaris, dua daripada tiga juri, untuk mengacarakannya.

Tambahan pula, Musim ke-2 bermula dengan komponen '50 Teratas', bukan dengan fasa ujibakat. Ini membolehkan penonton untuk mula mengenali peserta, dan membolehkan lebih banyak masa digunakan untuk fasa pertandingan sebenar.

Perubahan yang lain ialah ganjaran bagi memenangi Cabaran Cef Selebriti. Dalam Musim ke-1, pemenang akan menerima laluan mudah terus mara ke akhir pertandingan. Hal ini dirasakan bermasalah apabila ganjaran tersebut mengasingkan terus peserta dari baki rancangan, yang bermakna mereka tidak perlu lagi menghadapi suasana tekanan seperti yang dialami peserta lain. Mala, dalam Musim 2, peserta yang berjaya dalam cabaran tersebut akan menerima "Pin Kebal", yang mereka boleh gunakan bila-bila masa dalam pertadingan untuk menyelamatkan mereka daripada penyingkiran. Dalam mana-mana Cabaran Chef Selebriti, hanya Marion yang berjaya memenangi pin tersebut dengan mengalahkan Chef Selebriti (Adam juga memenangi pin tersebut, tetapi bukan dengan mengalahkan Chef Selebriti).

Juga berbeza dalam Musim 2 ialah penyingkiran selepas cabaran berpasukan. Dalam Musim 1, semua peserta dari pasukan yang kalah perlu mengundi salah seorang daripada mereka untuk dikeluarkan daripada pertandingan. Hal ini juga bermasalah kerana peserta mungkin akan menyingkirkan peserta yang terbaik demi meningkatkan peluang masing-masing untuk menang. Musim 2, proses penyingkiran turut berubah. Pelbagai jenis cabaran digunapakai untuk menentukan penyingkiran bagi ahli-ahli dari pasukan yang kalah:

  • Ujian Kemahiran Asas – peserta melakukan tugasan untuk menguji kemahiran asas, seperti memisahkan kuning telur dan putih telur, membuat sos pesto atau menamakan herba. Cabaran tersebut mungkin dibahagikan kepada beberapa pusingan, dengan menggunakan kaedah '3 yang terbaik', juri mungkin akan memilih peserta yang paling teruk atau terus mengenakan penyingkiran.
  • "Perbaiki Hidangan Itu" – peserta akan diberikan hidangan yang dimasak tidak sempurna, dan mereka diberi tugasan untuk perbaikinya. Juri akan menyingkirkan peserta dengan hidangan yang paling kurang memuaskan.
  • Ujian Rasa – peserta akan mengikut giliran untuk menamakan bahan yang digunakan dalam hidangan yang disediakan (seperti bouillabaisse atau kari). Peserta yang pertama yang memberi nama bahan yang tidak terkandung di dalam makanan atau gagal memberi apa-apa nama bahan akan disingkirkan.
  • Kotak Misteri – lebih kurang Cabaran Kotak Misteri, ahli pasukan ditugaskan untuk menyediakan hidagan yang sesuai untuk satu-satu keadaan (contohnya, hidangan pelengkap bagi sejenis wain).

Tambahan lagi, pemilihan ahli dari pasukan yang kalah untuk menghadapi penyingkiran juga berubah. Pada sesetengah minggu, juri akan memilih dua yang paling teruk, ada sesetengah minggu pula, seluruh ahli pasukan akan berentap dalam cabaran penyingkiran. Ada juga ketika apabila ahli pasukan perlu mencalonkan tiga ahli pasukan mereka.

Dalam Minggu 4, Donna Hay menggantikan Gary Mehigan sebagai panel juri ketika Cabaran Chef Selebriti. Ini dilakukan bagi membolehkan Mehigan bertindak sebagai pemudahcara di dapur ketika cabaran (ini merupakan peranan bekas pengacara Sarah Wilson dalam Musim 1).

Ketika penggambaran Minggu 7, Mehigan telah cedera di kakinya dan tidak dapat menghadiri penggambaran.[3] Dalam tempoh kecederaannya, Matt Moran bertindak sebagai juri bagi mengisi kekosongan bermula Cabaran Chef Selebriti 6 hinggalah kembalinya Mehigan pada Minggu 8.

Minggu Eropah

sunting

Mula ditayangkan dari 20 Jun, lapan peserta MasterChef yang tinggal mengembara ke London untuk hentian pertama mereka dalam "Minggu Eropah". Kemudiannya dalam minggu tersebut, mereka perlu ke Paris, yang mereka perlu berentap dalam "cabaran paling utama". Tukang Masak Selebriti yang muncul termasuklah Jamie Oliver, Heston Blumenthal, Martin Blunos dan Brett Graham.[4] Letusan gunung berapi di Iceland pada tahun 2010 telah menyebabkan penggambaran ini tergendala.[5]

Peserta

sunting

24 peserta teratas dipilih sepanjang minggu pertama cabaran antara 50 orang peserta. Kumpulan penuh 24 orang didedahkan pada 25 April:

Peserta Usia Negeri Pekerjaan Status
Adam Liaw 31 SA Peguam Juara 25 Julai
Callum Hann 20 SA Pelajar Naib juara 25 Julai
Claire Winton Burn 31 VIC Peguam Tersingkir 22 Julai
Jimmy Seervai 31 NSW Penyelidik Bahan Makanan Tersingkir lagi 21 Julai
Kembali 28 Jun
Tersingkir 31 Mei
Courtney Roulston 29 NSW Pengurus Bar Tersingkir lagi 20 Julai
Kembali 28 Jun
Tersingkir 13 Mei
Alvin Quah 35 NSW Pengurus Hal Ehwal Saintifik Tersingkir 19 Julai
Aaron Harvie 37 NSW Pengurus Kumpulan Muzik Tersingkir 15 Julai
Jonathan Daddia 33 NSW Perunding IT Tersingkir 12 Julai
Marion Grasby 27 SA Pelajar Tersingkir 8 Julai
Peter Kritikides 29 VIC Peguam Tersingkir lagi 5 Julai
Kembali 28 Jun
Tersingkir 7 Jun
Joanne Zalm 37 NSW Ibu Tersingkir 24 Jun
Matthew Caldicott 21 NSW Akauntan Tersingkir 17 Jun
Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun
Sharnee Rawson 21 QLD Pelajar Jurusan Undang-undang Tersingkir 14 Jun
Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun
Skye Craig 35 QLD Pereka Grafik Tersingkir 10 Jun
Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun
Jake Bujayer 29 NSW Pembancuh Simen Tersingkir 3 Jun
Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 28 Jun
Fiona Inglis 24 VIC Guru Tersingkir 27 Mei
Carrie Johnston 34 NSW Bekas Pengurus Sumber Manusia Tersingkir 24 Mei
Philip Vakos 27 TAS Juruaudit Tersingkir 20 Mei
Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 28 Jun
Daniel Aulsebrook 32 VIC Baru diberhentikan kerja Tersingkir 17 Mei
Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun
Dominic Corrigan 46 NSW Pengarah Syarikat Tersingkir 10 Mei
Adele Fragnitio 49 SA Pendandan Rambut Tersingkir 6 Mei
Kate Nugara 30 VIC Guru Tersingkir 3 Mei
Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun
Devon Headland 30 QLD Buruh Binaan Tersingkir 29 April
Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 28 Jun
Sarah Carmichael 30 VIC Detektif Polis Tarik diri pada 28 April


Kemunculan kemudian

sunting
  • Callum Hann muncul di Siri Junior pertama sebagai juri jemputan.
  • Dalam Siri 3, Alvin Quah dan Jimmy Seervai memberikan pelajaran memasak di Masterclass.
  • Dalam Siri 4, Adam Liaw muncul sebagai juri jemputan untuk Cabaran Kotak Misteri.
  • Callum mengambil bahagian dalam Siri All Star Khas untuk Amal bersama dengan Marion Grasby, Jonathan Daddia dan Aaron Harvie. Aaron berada di tangga ke-11, Jonathan berada di tempat ke-9, Marion berada di tangga ke-8 dan Callum menjadi pemenang.
  • Dalam Siri 5, Adam muncul di peringkat Akhir.
  • Dalam Siri 6, Adam muncul sebagai juri jemputan untuk Cabaran Kotak Misteri dan Ujian Daya Cipta.
  • Dalam minggu bertema Superstar di Siri 7, Callum sebagai chef jemputan untuk cabaran Kekebalan di mana dia berjaya memenangi pesaing Siri 7 Anna Webster dan muncul untuk Masterclass.
  • Dalam Siri 10, Adam muncul di ujibakat untuk menyokong Top 50, sementara Callum muncul ketika minggu Australia Selatan untuk Masterclass.
  • Callum Hann dan Courtney Roulston akan muncul di Siri 12 untuk merebut peluang merangkul gelaran MasterChef.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Adam Liaw wins MasterChef Australia". The Spy Report. Media Spy. 25 July 2010. Dicapai pada 25 July 2010.
  2. ^ "Ratings: 1 in 4 watch MasterChef finale". The Spy Report. Media Spy. 26 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-28. Dicapai pada 26 July 2010.
  3. ^ "TV chef Gary Mehigan goes under the knife". dailytelegraph.com.au. 5 March 2010. Dicapai pada 2 June 2010.
  4. ^ "Masterchef: London week". David Knox. 5 June 2010. Dicapai pada 5 June 2010.
  5. ^ "MasterChef crew in a stew after volcano delays". The Daily Telegraph. 28 April 2010. Dicapai pada 5 June 2010.
Didahului oleh
Celebrity MasterChef Australia
Siri MasterChef Australia
19 April 2010 – 25 Julai 2010
Diikuti oleh:
Junior MasterChef Australia (musim 1)