Mastika
Majalah Mastika merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan sebuah majalah yang bercorak kisah misteri, seram, masyarakat, dan pengetahuan umum.
![]() Sampel kulit majalah Mastika keluaran Jun 2007. | |
Penolong Pengarang | Sahidan Jaafar[1] |
---|---|
Kategori | Kemasyarakatan[2] |
Kekerapan | Bulanan |
Edaran | 852,000[2] |
Isu pertama | 1 Jun 1941 |
Syarikat | Utusan Karya Sdn Bhd. |
Negara | Malaysia |
Bertapak di | Bandar Baru Bangi, Selangor |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Majalah Mastika mula dikeluarkan pada 1 Jun 1941[2] dengan nombor ISSN 012-5598.[3] Di sepanjang penerbitannya, Majalah Mastika telah dikemudi dan diperkemas oleh beberapa orang tokoh.
Tokoh-tokoh tersebut merangkumi Abdul Rahim Kajai sebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir. Majalah ini mendapat sambutan masyarakat; sehingga tahun 2007 majalah ini telah memegang rekod jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut.[perlu rujukan] Setakat 2016, majalah Mastika memegang rekod sebagai majalah tertua dan tertinggi edarannya di Malaysia.[4]
SaizSunting
Majalah Mastika merupakan sebuah majalah padat berjilid dengan saiz 12.5 cm X 18.5 cm. Majalah Mastika keluaran Mei 1999 mempunyai jumlah halaman setebal 131 muka surat.
PenerbitSunting
Majalah Mastika diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang beralamat di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Sidang redaksiSunting
Pengarang
- Zulkarnain Zakaria
Wartawan Eksekutif
- Sahidan Jaafar
Wartawan
- Desi Ernita Dahrin
- Mohd. Ali Atan
- Kairul Anwar Yusop
- Aliaa Aaina Izyan Hasan
- Mohd. Hafiz Mohamed Sakmi
Pembaca Pruf
- Ketua: A. Latiff Yusoff
Reka Bentuk Cover
- Kucai
Artis Grafik
- Azman Taha (Jank)
Pautan luarSunting
RujukanSunting
- ^ "Editor Majalah". Utusan Karya Sdn Bhd. 7 Januari 2010. Dicapai pada 10 Ogos 2011.
- ^ a b c "Profil Majalah". Utusan Karya Sdn Bhd. 7 Januari 2010. Dicapai pada 10 Ogos 2011.
- ^ Prof Madya Dr Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. April 2009. Nabi Sendiri Mulakan Ilmu Perbandingan Agama. Mastika. Kuala Lumpur. hal. 80-82. (ISSN 012-5598)
- ^ BERNAMA (2 Ogos 2016). "Mastika kekal rekod majalah No. 1, paling tua di Malaysia". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 8 April 2018. Dicapai pada 8 April 2018. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)